0
A+ A-
Kenapa saman? ‘Ola Bola’ cuma fiksyen – Wong Pui Yi | Saya tidak dapat percaya apa yang tertera di depan saya. Saya tertanya-tanya, siapa yang menasihati bekas pemain negara yang dihormati ini.

Mereka perlu diingatkan bahawa dalam era internet ini, belia tidak mudah dikelirukan. Kami boleh kemukakan sebarang pertanyan kepada Google dan dapatkan maklumat daripada internet.

Fakta kejadian sebenar pada 1980 yang memberi inspirasi kepada filem Ola Bola pasti akan terkenal sebaik filem ini ditayangkan.

Mengapa semua orang marah bahawa Ola Bola tidak menunjukan fakta sebenar?

Apa kata peminat mengenai ugutan saman pemain negara terhadap filem Ola Bola

Kita selalu diajar untuk meletakkan diri kita dalam kasut orang lain. Sikap ini mewujudkan perasaan empati dan faham-memahami antara manusia yang berbagai-bagai dan menjadikan kita insan yang lebih baik terhadap orang lain.

Mari kita cuba fikirkan. Mengapakah pembuat filem menukarkan profil pemain yang menjaringkan gol kemenangan dan keputusan akhir permainan itu, sedangkan profil semua pemain dalam filem adalah hampir sama dengan yang sebenar?

Saya sendiri pun rasa hairan mengapa mereka menukarkan fakta saat-saat genting peristiwa yang bersejarah ini. Inilah hipotesis saya (‘spoiler’ di hadapan).

Cerita Ali dalam Ola Bola adalah untuk membuktikan bahawa dia adalah penyerang yang terbaik, yang mampu menggantikan Super 10 Shamsul; impian Ah Chai adalah untuk bermain dalam permainan dan bukan sekadar duduk atas bangku pemain simpanan; Tauke tegas bermatlamat untuk layak ke Sukan Olimpik; Muthu berusaha untuk hentikan penalti; Rahman berlatih bersungguh-sungguh untuk menjadi pengulas sukan secara langsung; Eric dari Sabah hanya ingin diterima oleh rakan sepasukannya.

Akhirnya, selaras dengan gambaran sebuah Malaysia yang penuh potensi dan harapan dalam filem ini, setiap watak ‘percaya semula’ dan berjaya mencapai impiannya.

Saya pasti tidak mahu watak Ali menjadi satu-satunya watak yang tidak dapat ‘fairytale ending’ dia! Sebagai penyerang, untuk memakai jersi nombor 10 adalah tidak mencukupi; untuk menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya dalam permainan yang penting adalah pencapaian yang paling diidamkan! (Selain itu, keputusan 3-2 tentulah mempunyai lebih elemen drama berbanding keputusan 2-1.)

Ola Bola adalah filem fiksyen yang diilhamkan oleh peristiwa sebenar, bukannya dokumentari. Marilah kita menghormati lesen kreatif pasukan penerbitnya.

Tanpa Ola Bola, ramai lagi belia yang tidak akan mengenali nama Khalid Ali, James Wong, Hassan Sani, dan lain-lain, termasuk saya yang dilahirkan pada pertengahan 1980-an.

Daripada menyaman pembuat filem, bekas pemain negara ini perlu menyeru setiap rakyat Malaysia untuk menonton Ola Bola. Mereka perlu berkongsi pengalaman sebenar mereka, kerana filem ini hanyalah fiksyen.

Mereka perlu menyebarkan keinginan untuk berusaha, untuk mencapai kecemerlangan demi kebanggaan Malaysia, bukan demi anugerah kewangan atau gelaran datuk.

Mereka perlu memberitahu kami bagaimana bersatu tanpa mengira kaum dan agama; bagaimana rasanya untuk memandang rakyat Malaysia yang berbagai keturunan sebagai saudara dan rakan sepasukan.

Mereka perlu menggalakkan kami untuk ‘percaya semula’ — dalam satu sama lain, dalam Malaysia.

*Penulis adalah pelajar pascasiswazah dari universiti awam yang ingin percaya semula.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top