0
A+ A-
Putera Almarhum Raja Abdullah penderma RM2.6 bilion - Apandi Ali | Seorang putera kepada Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud adalah individu yang menderma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, demikian menurut Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali.

Bagaimanapun, beliau enggan memberikan identiti penderma tersebut. Raja Abdullah yang meninggal dunia Januari tahun lepas, mempunyai sembilan anak lelaki dan 10 anak perempuan lapor Malaysiakini.

Apandi Ali kata penderma RM2.6 bilion adalah Putera Almarhum Raja Abdullah

“Kami tahu nama (penderma itu). Dia bukan Almarhum Raja Saudi tetapi anak raja itu. Dia masih hidup,” AG dipetik oleh Sinchew Dailysebagai berkata dalam satu temubual eksklusif.

Apandi berkata, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah mendapat satu kenyataan daripada penderma tersebut seperti yang diperincikan dalam laporan badan anti-rasuah itu.

Beliau juga menegaskan bahawa motif di sebalik sumbangan itu tidak penting kerana derma seumpama itu tidak salah di bawah undang-undang Malaysia.

“Mengapa orang bertanya tentang sebab derma RM2.6 bilion  itu diberi? Anda perlu bertanya kepada pendermanya. Dia ada berbilion-bilion. (Jika) dia mahu memberikan wang, apa masalahnya?

“Ini adalah wang dia dan urusan peribadinya. Kami tidak mempunyai undang-undang untuk menyatakan bahawa menerima sumbangan politik adalah haram,” kata Apandi.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top