0
A+ A-
Peguam Negara terhutang budi dengan Najib | Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dapat memegang jawatannya kerana Datuk Seri Najib Razak melantiknya menerusi “representasi palsu dipersembahkan kepada Agong”, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu dalam artikel di blognya hari ini berkata, itu adalah sebab mengapa Apandi seperti tidak mahu menyediakan maklumat kepada rakan sejawatnya di Switzerland dengan sebarang bukti yang boleh menjejaskan perdana menteri lapor The Malaysian Insider.

Apandi Ali terhutang budi dengan Najib

“Peguam negara sekarang, yang mana diminta kerjasamanya oleh peguam negara Switzerland, dilantik oleh PM menerusi representasi palsu dipersembahkan kepada Agong.

“Ini bermakna peguam negara berhutang budi kepada PM untuk jawatannya. Bolehkah dia dijangka mendakwa orang yang memberikannya jawatan? Dia tahu penyandangnya disingkirkan kerana cuba melakukan perkara sama, peguam negara baharu nampaknya tidak suka untuk mendakwa PM.

“Maka itu sebab penolakannya terhadap laporan Bank Negara dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Dia juga nampaknya tidak akan menyediakan sebarang bukti kepada peguam negara Switzerland yang boleh menjejaskan majikannya,” tulis Dr Mahathir.

Catat Ulasan Blogger

 
Top