0
A+ A-
Atu Zero selamat bernikah dengan Shafeeqa Johari | Dengan sekali lafaz, pemenang Maharaja Lawak Mega 2015 dari kumpulan Zero, Atu atau nama sebenar, Sharid Kunal Doli Sharif, 24, selamat dinikahkan dengan pereka fesyen, Shafeeqa Johari, 30, di rumah keluarga pengantin perempuan di Peserai, di sini, 10 pagi tadi.

Atu berbaju warna krim kelihatan tenang sepanjang majlis akad nikah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000 kepada isterinya lapor Harian Metro.

Atu Zero dan Shafeeqa Johari sah bergelar suami isteri

Pelawak itu juga menyarung cincin serta seutas gelang tangan kepada isterinya selepas selesai akad nikah.

Atu berkata, turut menyerahkan wang hantaran RM30,000 serta tujuh dulang hantaran manakala isterinya membalas sembilan dulang hantaran.

Menurutnya, mereka berkenalan tahun lalu sebelum Zero bergelar juara dan keserasian bersama menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga dan berharap peminat mendoakan mereka bahagia.

Majlis persandingan berlangsung di rumah sama petang ini, manakala majlis di Sabah hanya akan dibuat selepas rumah mereka siap dibina tidak lama lagi.

Catat Ulasan Blogger

 
Top