0
A+ A-
Untuk anda yang telah menyaksikan filem Bajrangi Bhaijaan lakonan Salman Khan, pasti hati nurani anda akan tersentuh dengan plot ceritanya yang sangat menarik.

Ayuh kita baca reviu dari Afdlin Shauki, orang kuat industri seni tanah air mengenai filem ini.

Bagaimana Filem Bajrangi Bhaijaan Mampu Mengalirkan Air Mata Penonton

Minggu lepas saya menonton sebuah filem yg meninggalkan impak yg sangat mendalam dalam diri saya kerana ceritanya sangat bermakna. Nama cerita ni adalah Bajrangi Bhaijaan.

Jgn gelak, pasal sememangnya saya bukan peminat filem hindustan, pasal saya rasa they take too long to make a point. Lagi satu saya tak meminati Lakonan Salman Khan seorang berbadan sado, handsome tapi nak berlakon jadi org biasa-viasa rasanya macam tak berapa sesuai.

Saya lebih meminati Aamir Khan kerana telinga dia besar. Saya suka tengok hero yg muka atau badannya tak siap. Pasal dlm realiti hidup, hero-hero kita datang dalam pelbagai bentuk dan rupa dan tak ramai dari mereka handsome dan sado.

Dah lama saya tak menonton filem pasal banyak filem yg ada takde memberi pengalaman hidup baru kepada saya.

Bila saya menonton , saya nak belajar sesuatu yg baru, saya nak membuka minda kepada kemungkinan yg paradigma saya tak boleh rangkumi sebelum ni.

Bila saya duduk utk menonton Bajrangi Bhaijaan saya rasa ada banyak perasaan negatif mula melanda diri saya, terutama sekali di sebabkan oleh kehadiran pelakon yg sangat saya tak minat Ie Salman Khan.

Filem ini bermula dgn shot pemandangan pergunungan pakistan yg penuh salju, ternganga saya betapa indahnya shot itu... Tetapi saya tetap berkeras

... Mesti cerita ni tak best... Pasal ada salman khan... Hahaha... Saya taknak reveal apa apa lagi untuk yg belum menonton ... Tetapi ternyata saya terpaku menonton filem ini dari mula sampai habis kerana subjeknya sangat hebat.

Dia menyentuh perhubungan india dan pakistan dan penganut agama islam dan hindu... Dan selain dari salman khan, semua pelakon pelakonnya hebat hebat belaka.. Sampai salman khan pun nampak ok... Hehehe.

Lama dah tak keluar airmata bila tengok filem... Dilwale pun tak memanggil kepada saya. Tapi oleh kerana berberapa kawan jantan saya yg suruh saya tgk jugak Bajrangi ni, aku tengok jugak... Dan terimakasih ia membuat aku percaya yg pada asasnya semua manusia adalah baik dan hanya cuba buat terbaik dlm hidup mereka...

Tapi ada di antara kita sanggup melakukan sesuatu luarbiasa utk membantu sesama insan dan ini membuat beliau luarbiasa di mata semua...

Tu Jo Mila... Nama lagu utama filem
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top