0
A+ A-
Bapa Hyeri menangis melihat adegan anaknya bercium | Sejak popular menerusi drama Reply 1988 sebagai Sung Deok Sun, Hyeri menjadi perhatian media untuk ditemubual.

Terbaharu, menerusi wawancara Sports Joseon, aktres berusia 21 tahun itu berkata, bapanya antara peminat tegar dan tidak pernah terlepas menonton setiap drama yang dilakonkannya lapor MStar.

Bapa Hyeri 'mengucap' lihat adegan bercium anaknya

Bagaimanapun, bapa Hyeri tersinggung apabila melihat anaknya itu melakonkan adegan cium dengan aktor Park Bo-gum dalam Reply 1988.

“Bapa saya cukup senang dengan lakonan saya dalam Reply 1988 sehinggalah ketika dia menonton babak cium dengan Bo-gum, dia berasa tidak senang lantas menjerit memanggil nama Tuhan.

“Malah dia turut menangis gara-gara babak tersebut. Perkara itu membuatkan saya sangat malu untuk menghubunginya,” katanya.

Selain terlibat dengan lakonan, Hyeri juga merupakan anggota kumpulan Girls Day.

Catat Ulasan Blogger

 
Top