0
A+ A-
Penjelasan bekas isteri Salih Yaacob isu minta cerai | Bekas isteri kedua penyampai radio berkata punca penceraiannya bersama Salih Yaacob bukanlah disebabkan kerana menghadiri majlis pertemuan semula sekolah atau “reunion” tetapi isu yang sudah lama dipendamkan.

Nor Raha Hamad berkata Salih juga tidak pulang ke rumah selama dua bulan selepas hasrat untuk berpisah diutarakan kepada bekas suaminya itu.

Bekas isteri Salih Yaacob dedah punca sebenar minta cerai

“Selepas saya luahkan hasrat untuk berpisah, dia terus mendiamkan diri selama dua bulan. Sepanjang tempoh itu juga, dia langsung tidak menghubungi saya untuk bertanyakan khabar.

“Malah saya juga tidak ada menerima apa-apa mesej atau WhatsApp daripadanya. Dia juga langsung tak balik ke rumah ketika itu.

“Sehinggalah saya betul-betul rasakan sudah tiba masanya dan minta untuk dilepaskan, maka kami berpisah secara rasmi pada 1 September tahun lepas,” katanya seperti dilaporkan akhbar Kosmo hari ini.

Salih, 55, semalam dilaporkan berkata majlis “reunion” dan media sosial menjadi punca penceraiannya bersama Raha.

“Zaman Facebook, zaman khidmat pesanan ringkas (SMS) ini, orang suka sangat anjurkan sesi reunion dengan kawan-kawan sekolah.

“Ini sangat bahaya sebab perkara ini boleh membawa kepada punca perceraian. Buktinya, itulah juga yang terjadi kepada saya dan isteri sehingga kami akhirnya berpisah.

“Selepas 23 tahun berkahwin, kami berpisah tidak lama selepas acara reunion sekolah dia,” kata Salih Yaacob kepada Utusan Malaysia.

Raha, 47, berkata “reunion” bukanlah menjadi penyebab robohnya rumah tangga mereka tetapi isu yang tidak diselesaikan.

Katanya, hubungannya bersama suami baharu bertaut selepas diceraikan Salih.

“Majlis perjumpaan itu baru sahaja dalam dua bulan kebelakangan ini. Saya menyangkal dakwaan yang mengatakan punca penceraian ini mempunyai kaitan dengan ‘reunion’ mahupun kehadiran orang ketiga.

“Saya memang tidak pernah ada hubungan dengan mana mana lelaki lain sepanjang bergelar isterinya. Soal berkawan dengan lelaki yang kini menjadi suami baharu saya, ia berlaku selepas saya sah bercerai.

“Sepanjang saya masih isterinya yang sah memang tidak ada apa apa hubungan lain. Jadi tidak timbul isu orang ketiga,” dia dilaporkan berkata.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top