0
A+ A-
Isu Ayda Jebat Cedera Parah Dalam Kemalangan | TIADA angin mahupun ribut, tiba-tiba ada berita mengatakan Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada binti Jebat kritikal tersebar menerusi laman sosial.

Ayda ternyata terkejut dengan penyebaran berita mengatakan beliau cedera teruk dan kritikal dalam satu kemalangan yang disebarkan melalui laman Facebook. 

Tidak diketahui siapa yang punya angkara yang menyebarkan berita sedemikan, mempermainkan sesuatu yang sangat serius seperti ajal dan maut bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh-temeh. 

Sudah jadi asam garam dunia arits, seandainya sepi tanpa sebarang gosip atau cerita sensasi, ada-ada sahaja golongan yang akan canang cerita yang entah dari mana sumbernya dan kisah-kisah lampau diungkit demi meraih populariti murahan daripada netizen lapor Mynewshub.

Benarkah Ayda Jebat Cedera Teruk Dalam Kemalangan?

Berita seumpama ini sering terjadi kepada artis tempatan, antara artis yang pernah mengalami situasi yang sama adalah pelakon dan pelawak Ebby Yus yang dikatakan meninggal dunia akibat masalah paru-paru pada hujung tahun lepas. 

Ayda yang merupakan seorang penyanyi dan pelakon mendapat berita mengenai dirinya yang kritikal akibat kemalangan melalu kawan-kawan yang menghubungi beliau untuk mengesahkan kesahihan berita tersebut. 

Menurut Ayda kepada portal Era.fm, gambar yang diviralkan itu adalah semasa beliau terlibat dalam kemalangan 4 tahun lepas iaitu pada tahun 2012. 

“Saya pernah terlibat kemalangan tetapi pada 2012 dahulu. Alhamdulillah, sekarang ini saya sihat sahaja. Saya pun tak tahu kenapa gambar dan cerita lama disiarkan semula selepas empat tahun,” jelas Ayda kepada portal Astro Gempak. 

Dalam pada itu, Ayda turut menyarankan dan menasihatkan kepada pengguna media sosial supaya meneliti kesahihan dan kebenaran sesebuah cerita atau khabar angin sebelum disebarkan.

Isu berkaitan ajal dan maut, bukanlah boleh dipermainkan sewenang-wenangnya, ia milik Allah, tiada siapa yang mengetahui waktu dan ketika seseorang itu akan dijemput menghadapnya. 

Nasihat MYNEWSHUB kepada pembaca sekalian, daripada sibuk mencanang cerita tentang kematian orang lain, adalah lebih baik untuk menghitung amal kebajikan diri sendiri. 

Ini kerana mati itu pasti, tidak cepat mahupun lambat. Percaturan Allah itu benar dan jelas. Walau apa pun, layan dulu lagu Pencuri Hati oleh Ayda Jebat.

(Baca: Didakwa Terlibat Terlibat Kemalangan, Ini Respon Ayda Jebat (8 Gambar))
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top