0
A+ A-
Luahan Caliph Buskers masih dilayan seperti pemuzik jalanan | Setelah muncul dengan kejayaan besar di Anugerah Juara Lagu (AJL) tahun lalu, menang kategori persembahan terbaik, Caliph Buskers masih dilayan ibarat pemuzik murahan. 

Begitulah luahan kumpulan pemuzik Orang Kelainan Upaya (OKU) apabila masih ada yang memandang rendah penglibatan mereka dalam industri muzik arus perdana.

“Ada juga baru-baru ini, telefon jemput Caliph Buskers, hendak bayar RM150 untuk persembahan tiga jam. Kami pelik, mana-mana buskers pun tidak akan pergi punya kalau macam itu lapor Malay Mail.

Caliph Buskers kecewa masih dilayan seperti pemuzik murahan

“Saya pun tidak faham. Kalau bayar RM1,500 pun tidak ada busker hendak pergi kalau [persembahan] tiga jam. Kami tahu menilai. Kami tidak akan pergi kalau tidak berbaloi.

“Walaupun kami urus sendiri tetapi kami bertegas, tidak mudah orang ambil kesempatan,” kata vokalisnya Azmi Saat ketika ditemui di sini selepas Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30 malam tadi.

Caliph Buskers menduduki tempat ketiga Juara Lagu menerusi “Hanya Nama-Mu”, di belakang Akim dan The Majistret di tempat pertama (lagu “Potret”) dan Faizal Tahir (Assalamualaikum).

Pemuzik OKU penglihatan itu membawa pulang RM20,000 apabila lagu ciptaan sepenuhnya Edry KRU menewaskan sembilan lagi finalis di acara kemuncak program “Muzik-Muzik” TV3.

Akim dan The Majistret dan Faizal masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM35,000 beserta piala iringan.

Ditanya lagu kedua selepas “Hanya Nama-Mu”, Azmi berkata Caliph Buskers kini sedang memilih lagu yang sesuai untuk dirakam dengan bimbingan Edry.

Tambahnya, meskipun beliau pernah memenangi pertandingan mencipta lagu untuk persatuan orang buta, namun sifat takut dikritik membuatkannya tidak berani tampil menyumbang lagu.

“Saya takut dikritik. Kalau macam pertandingan, saya buat, saya hantar. Kalau sedap, menang; tidak sedap, kalah,” katanya.

Azmi pernah mengutarakan karya kepada Edry tetapi masih belum mendapat jawapan.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top