0
A+ A-
Pergi mandi sekarang, kalau tak nanti mak buang semua mainan! | Ramai ibu bapa di luar sana yang mencari jalan terbaik untuk membuat anak mereka mengikut cakap mereka.

Mungkin perkongsian ini boleh memberi anda sedikit sebanyak ilham untuk mendidik anak-anak anda. Nukilan ini dipetik dari FB pengasas MZ Secret Muhammad Zukermi Bin Edi.

Cara terbaik didik anak supaya ikut cakap

“Pergi mandi sekarang, kalau tak nanti mak buang semua mainan!”

Kawan aku kata, ni antara silap paling besar ibu bapa di Malaysia ni.

Aku ada seorang kenalan ni, anaknya sangat dengar kata, tak melawan cakap.

Sejuk saja hati tengok. Aku pelik, nak kata kawan aku ni garang, tak juga.

Tak pernah aku tengok dia jerit pada anak dia.

Aku pun cuba korek rahsia dia. Sebab aku tengok anak-anak orang lain, menjerit menangis melawan tu perkara biasa. Tapi anak dia tak.

Mula-mula dia buat lawak, dia kata sebab baka dia. Aku gelak saja masa tu.

Tapi lepas tu dia mula kongsikan sesuatu yang aku tak pernah terfikir pun selama ni.

“Orang kita ni kerap sangat ugut anak perkara yang dia takkan buat pun”

Aku pun dengar saja apa dia cuba katakan. Dia sambung.

“Ko selalu dengar tak, mak ayah yang ugut anak dia nak letak dalam hutan lah, nak buang semua mainan dia lah, nak bagi tinggal dengan orang gila lah?”

Aku anggukkan saja. Sebab memang aku kerap dengar ungkapan macam tu.

“Tapi pernah ko tengok mak ayah tu betul-betul buang semua mainan, letak anak dia dalam hutan?”

Aku gelengkan kepala. Sebab pada aku, tiada ibu bapa yang sanggup buat macam tu. Kawan aku sambung lagi.

“Ko rasa apa yang anak ko akan rasa, bila ko kerap ugut perkara yang ko takkan buat pun? Mak ayah selalu rasa anak ni terlalu kecil untuk faham. Ini silap besar kita. Anak-anak kecil kita sangat bijak sebenarnya. Bila kita kerap ugut macam tu tapi tak buat pun, dari hari ke hari, anak-anak akan anggap kita ni cakap tak serupa bikin.”

“Setiap kali mak ayah buat macam tu, sikit demi sikit anak akan hilang rasa hormat dan kurang takut pada apa kita cakap. Dalam fikiran depa, buat apa takut, mak ayah dia bukan akan buat pun. Gertak je lebih, tapi habuk pun tarak!”

“Ugut anak kata, pergi kemas mainan, kalau tak, mama tak bawa pergi McD. Tup tup, anak dia tak kemas, tapi petang tu mama dia bawa juga pergi McD tu. Anak-anak akan fikir yang buat apa depa nak ikut cakap, sebab kalau tak ikut pun, dapat juga apa dia nak!”

Aku mula nampak sesuatu yang selama ni aku tak terfikir. Patut ramai anak-anak kurang hormat apa yang ibu bapa suruh buat. Kawan aku sambung lagi.

“Kita duk sibuk kata menteri tu cakap tak serupa bikin, lepas tu kita pun jadi hilang hormat pada pak menteri. Macam tu juga anak-anak. Kita cakap tak serupa bikin, anak-anak pun mula hilang rasa hormat pada percakapan kita”

Panjang lagi kawan aku tu kongsi cerita dia. Tapi aku dah ingat-ingat lupa. Ayat-ayat atas ni pun aku taip lebih kurang ikut apa aku ingat saja.

Tapi bawah ni aku ringkaskan apa nasihat dia pada ibu bapa yang nak anak-anak yang dengar cakap.

1. Tak perlu jadi pemarah, cukup jadi tegas. Ada beza antara marah dan tegas. Ibu bapa sekarang ramai suka marah tapi tak tegas. Bab jerit no 1, tapi cakap selalu tak serupa bikin.

Kita sering dimomokkan yang kalau tegas, mesti bengis, mesti tinggi suara, mesti garang. Hakikatnya, kita boleh saja tegas sambil lontarkan senyuman, kata-kata yang lembut dan penuh kasih sayang.

Ingat, tegas dalam kelembutan itu mencorakkan rasa hormat yang penuh kasih sayang, tanpa membuatkan anak-anak tertekan.

2. Jangan suka ugut anak dengan perkara yang kita tahu kita takkan buat pun. Kalau nak ajar anak pasal consequences pun, pastikan cakap apa yang kita akan buat saja.

Contoh, ‘Pergi mandi sayang, kalau tak nanti mama tak bawa pergi taman petang ni’. Kalau dia tak buat, tak perlu marah, tak perlu jerit. Tapi bila sampai petang, jangan bawa pergi taman. Walaupun dia menangis jerit masa tu.

Biar anak kita tahu, kita bukan pemarah tapi kita tegas. Setiap apa kita cakap, kita buat. Dia akan mula hormat dengan apa yang kita cakapkan. Walaupun tanpa menjerit.

3. Katakan anak kita cuba merayu minta maaf kata dia tak buat lagi. Dia janji. Lepas tu dia minta bawa pergi taman hari yang sama dia buat salah tu juga, jangan bawa. Walaupun dia dah minta maaf.

Kata pada dia, “hari ni sayang dah buat salah, mama tak bawa pergi taman. Kita tengok esok, kalau sayang dengar kata, kita pergi esok.”

Esoknya bila kita suruh mandi, dia akan mula teringat, semalam mama papa dia betul-betul tak bawa pergi taman. Hari ni kena dengar cakap.

4. Bila anak dengar kata, berikan reward. Jangan hanya tahu nak ugut bila dia tak dengar kata tapi tak berikan reward bila dia dengar kata.

5. Jangan lupa berdoa pada Allah swt. Usaha kita ni asbab saja, yang bagi rezeki anak dengar kata tu, Allah swt. Bukan kita sendiri.

6. Suami isteri kena saling bekerjasama usaha tegas begini. Tak boleh salah seorang saja. Katakan isteri tegas, suami tak tegas. Anak-anak akan pandang ibunya tu tak best, ayahnya best. Anak-anak akan lebih rapat dengan ayah sebagai jalan dia lepaskan diri dari ketegasan si ibu.

Kata kunci adalah bersama-sama. Ia takkan menjadi jika hanya salah seorang saja yang usaha begini.

7. Kata kunci kedua adalah KONSISTEN. Tak boleh hari ni tegas, esok tak. Lusa tegas balik. Kesian anak, mereka akan confuse nanti. Mana yang betul, mana yang salah. At last, sia-sia saja usaha kita.

Kena konsisten sekurang-kurang nya 3 minggu, tiada sekali pun tak tegas. Boleh lihat perubahan ketara anak-anak lepas tu. InsyaAllah.

Walaupun aku tiada anak lagi, tapi aku kongsikan ni sebab aku masih nampak ramai ibu bapa yang masih buat kesilapan ni, tanpa kita sedar pun.

Terima kasih sahabat. Pada ibu bapa di luar sana, jom share post ini supaya lebih ramai dari kita dapat perbaiki diri kita. Supaya anak kita semua juga menjadi anak yang dengar kata. InsyaAllah.

Catat Ulasan Blogger

 
Top