0
A+ A-
Sultan Johor Pesan Cermin Dahulu Muka Sebelum Beri Nasihat Kepada Orang Lain | JOHOR: Penceramah luar yang ingin menyampaikan ceramah di Johor perlu mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) terlebih dahulu sebelum memberi ceramah di negeri itu. 

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkata walaupun seseorang penceramah itu sering muncul di televisyen dan mahir bermain kata, tetapi jika tidak diberi tauliah, mesti ada perkara yang tidak sesuai dengan pengajarannya. 

"Cermin Dahulu Muka Sebelum Beri Nasihat Kepada Orang Lain" - Sultan Johor

“Cermin dahulu muka sendiri sebelum nasihat kepada orang lain. Kita akan mengawal mana-mana orang daripada mengajar agama Islam tanpa tauliah kerana ajaran sesat dan ceramah berbaur politik yang menjadi medan untuk mengata, memfitnah dan mencaci orang lain akan hanya mengelirukan masyarakat Islam dan meruntuhkan perpaduan rakyat,” tegas Sultan Ibrahim. 

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika Majlis Perasmian Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Johor di Dataran Tanjung Emas, semalam. 

“Dalam Perlembagaan Persekutuan, jelas memperuntukkan agama Islam di bawah bidang kuasa negeri dan sultan adalah ketua agama di negeri masing-masing. Dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 juga diperuntukkan dengan jelas Sultan adalah ketua agama bagi negeri Johor Darul Takzim,” titah baginda lagi. 

“Tapi sejak kebelakangan ini, ada pihak yang suka mencampuri kuasa agama di negeri-negeri sedangkan mereka hanya mempunyai bidang kuasa di negeri masing-masing,” tambah beliau. 



Catat Ulasan Blogger

 
Top