0
A+ A-
Lelaki kejam kubur teman wanita hidup-hidup selama 8 bulan | Tragis dan memilukan, itulah perkataan yang boleh digambarkan terhadap nasib seorang gadis Tanzania apabila dia dikubur hidup-hidup oleh teman lelakinya selama 8 bulan di ruang bawah tanah yang sempit.

Apa yang mengejutkan tujuan teman lelakinya mengkuburkan gadis itu adalah bagi memperoleh kekayaan kerana percaya bahawa tindakannya itu akan membawa hasil kekayaan kepadanya lapor Sinar Harian.

Demi kekayaan, lelaki kubur temannya wanita hidup-hidup

Kejadian itu disedari oleh masyarakat setempat disitu selepas terdengar ‘bunyi aneh’ daripada kawasan gadis itu dikuburkan lantas melaporkan kejadian itu kepada polis.

“Saya hanya diberi makan dua kali seminggu, untuk terus hidup selama saya ‘dikuburkan’ sepanjang lapan bulan,” kata gadis yang tidak didedahkan nama itu kepada Naibuzz.Com.

Hasil laporan polis, telah menyebabkan teman lelakinya ditangkap, yang akhirnya membolehkan gadis ini dibebaskan daripada penderitaan itu.

Dikhabarkan gadis itu kini berada dalam keadaan selamat.

Catat Ulasan Blogger

 
Top