3
A+ A-
Duit Syiling Malaysia 50 Sen Dijual Pada Harga RM81, 846 | Tiada siapa menyangka bahawa yang duit syiling Malaysia sebenarnya mahal. Sering kali kita dengar dari kecil hingga besar pasal kehebatan duit 10 sen keluaran 1971 di mana harganya boleh mencecah hingga ribuan ringgit.

Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya ada lagi duit syiling yang paling mahal di Malaysia yang telah terjual. Bayangkan duit 50 sen dijual dengan harga puluhan ribu ringgit. Mungkin duit tersebuat anda pernah guna dan tidak sedar akan nilainya.

Kebanyakan duit syiling yang akan disiarkan nanti telah dilelong oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura atau sebelum ini dikenali sebagai Numismatic Society Asia (NSA).

Duit Syiling 50 Sen Malaysia Termahal

Berikut adalah nilai syiling termahal di Malaysia.

5. 50 sen 1967 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM7600

Duit Syiling 50 Sen Malaysia Termahal

Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1967 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM7,600 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura.

Duit syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya untuk syiling 50 sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled Edge adalah pada Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.

4. 50 sen 1969 Milled Edge NGC AU55 dilelong RM10,253

Duit Syiling 50 Sen Malaysia Termahal

Pada 19 Oktober 2013, sekeping Syiling 50 sen 1969 Milled edge telah terjual dengan harga RM10,253 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan yang diadakan oleh Numismatic Society Asia (NSA) di Hotel Landmark Village, Singapura. Syiling itu digred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC) sebagai Au- 55.

Khabar angin mengatakan, syiling itu telah dibeli oleh orang yang turut memenangi Syiling 50 sen 1969 security edge ketika lelongan Malaysia Numismatic Society (MNS) No.157 pada 29 September 2013 di Jabatan Muzium, Muzium Negara, Kuala Lumpur.

3. 50 sen 1968 Milled Edge NGC MS66 dilelong RM19,942

Duit Syiling 50 Sen Malaysia Termahal

Pada 19 April 2014, didalam acara lelongan oleh Collectibles Auction Asia (CAA)di Hotel Landmark Village, Singapura, sekeping syiling 50 sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong pada harga RM19,942 (termasuk premium pembeli).

Duit Syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang dilelong pada harga SGD6500 (tanpa premium pembeli) tersebut adalah gred yang terbaik untuk syiling 50 sen 1968 Milled Edge didalam rekod Numismatic Guaranty Corporation (NGC) pada gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master Sifu Wong Hon Sum.

2. 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB dilelong RM46,769

Duit Syiling 50 Sen Malaysia Termahal

Pada 4 Oktober 2014, syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB yang dilelong didalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA) yang sama seperti di atas turut mendapat harga penutup yang tinggi pada harga RM46,769 termasuk premium pembeli.

Pada masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel yang telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel yang melekat pada magnet.

1. 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846

Duit Syiling 50 Sen Malaysia Termahal

Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65 adalah gred yang terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge 1969.

Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura.

Anda ada memiliki duit syiling sedemikian rupa? Sila nyatakan di ruang komen di bawah agar mudah untuk pembeli dan peminat syling ini menghubungi anda kelak.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

  1. Kalau Duit syiling terbelah ditengah tahun 1967(1keping) dan 1968(1keping) berapa nilai nye.masih ada yang mencari ke dan dimana saya nak rujuk mengenai duit syiling tu ye...

    BalasPadam
  2. sy ada sekeping syiling 50 sen edisi pertama thun 1967..sisi bergerigi...bileh hubungi 0125422346 klu berminat

    BalasPadam
  3. Saya ada syiling 50 sen 1967 ME berminat call saya 018-2599392

    BalasPadam

 
Top