0
A+ A-
Hans Isaac, Norman KRU dan Ziela Jalil terima gelaran Datuk dari Sultan Pahang | Tiga penggiat seni tanah air hari ini menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk bersempena ulang tahun ke-85 keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang disambut pada 24 Okt tahun lepas, di Istana Abu Bakar di sini.

Mereka ialah Presiden Eksekutif Kumpulan KRU Norman Abdul Halim atau Norman KRU, Pengarah Urusan Pena Creative Pictures Sdn Bhd Norzilah Abdul Jalil atau Ziela Jalil dan Pengarah Urusan Tall Order Sdn Bhd Gerald Hans Isaac atau Hans Isaac.

Sesi kedua istiadat pengurniaan darjah kebesaran dan pingat kepada 254 penerima itu disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah.

Norman ketika ditemui pemberita berkata pengurniaan darjah kebesaran itu sebagai satu penghormatan bagi dirinya sebagai anak seni dan memberikan lebih semangat kepadanya untuk bekerja lebih baik lagi bagi memajukan industri kreatif tempatan.

Beliau merakamkan penghargaan kepada Sultan Ahmad Shah atas pengurniaan darjah tersebut lapor Bernama.

Gelaran Datuk diterima Hans Isaac, Norman KRU dan Ziela Jalil

“Saya akan lebih berusaha melakukan kerja yang dapat memberi kesan ke arah perpaduan termasuk menghasilkan filem dengan lebih memikirkan kesannya kepada masyarakat berbanding keuntungan semata-mata,” katanya.

Sementara itu, Ziela Jalil pula berkata pengiktirafan sedemikian menjadi penyuntik semangat kepadanya untuk terus menghasilkan karya terbaik kepada masyarakat.

Beliau berkata gelaran yang diterima itu sebagai inspirasi kepadanya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang seni mahupun kemasyarakat.

“Secara tidak langsung boleh mengangkat martabat industri kreatif tempatan,” katanya.

Hans Isaac pula berkata mendapat darjah kebesaran itu merupakan satu pencapaian terbesar untuk dirinya sepanjang kerjaya beliau dalam industri seni tempatan.

“Pengurniaan darjah hari ini telah mengingatkan saya kembali kepada arwah ayah yang merupakan ADC (pengiring) kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang pada masa itu menjadi Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Doris Sophia Ahmad Brodi mendahului senarai penerima darjah kebesaran dan pingat pada istiadat hari ini.

Beliau merupakan antara 14 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Enam individu pula dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah (DSAP) yang membawa gelaran Datuk termasuk Duta Besar Malaysia ke Kuwait Ahmad Rozian Abd Ghani dan Pengarah Eksekutif Deloitte Mohd Nizar Mohd Najib.

Mohd Nizar merupakan anak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Sementara itu, 83 individu menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, antaranya Hakim Mahkamah Tinggi Melaka Vazeer Alam Mydin Meera, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor Mohamed Arifin Awang Ismail, ADUN Bebar Mohd Fakhruddin Mohd Ariff.

Sebanyak 22 orang pula menerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) (33 orang), Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) (18 orang) dan 52 orang menerima Ahli Mahkota Pahang (AMP), 14 orang menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) (enam orang) dan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (enam orang).
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top