0
A+ A-
Pelakon dedah diundang jadi pelacur | Kuala Lumpur: Pelakon Farah Nabila, 24, mendakwa diperdaya individu yang menyamar sebagai pengacara popular TV3, Ally Iskandar yang menawarkan bayaran sebanyak RM40,000 untuk pekerjaan sebagai gadis peneman atau 'escort girl', baru-baru ini.

Farah berkata, dia menerima mesej berkenaan di laman Instagram dan pada mulanya individu yang menyamar sebagai Ally itu menawarkan pekerjaan sebagai pengacara program travelog yang akan diterbitkan oleh Ally.

Dia yang tertarik dengan tawaran itu kemudian membalas mesej berkenaan selain memberi nombor telefon bimbitnya.

Isu 'Ally Iskandar' Jadi Ejen Pelacuran

"Apabila sudah berbalas mesej, saya mempelawa untuk berjumpa bagi mengetahui butiran lanjut mengenai program berkenaan, tetapi dia mula mengubah topik.

“Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, saya mendesaknya untuk memberitahu perkara sebenar. Selepas itu barulah dia mengaku tawaran sebanyak RM40,000 itu bukan untuk program travelog, sebaliknya saya perlu melayan seorang lelaki kenamaan untuk satu pakej,” kata pelakon drama bersiri Inikah Cinta ini.

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Farahdhiya turut menerima tawaran yang sama.

Farah berkata, dia difahamkan bukan saja Farahdhiya menerima mesej yang sama, tetapi beberapa artis wanita terkenal.

“Saya difahamkan, individu yang menyamar sebagai Ally ini sudah melakukan perkara itu sejak dua tahun lalu,” katanya yang bercadang membuat laporan polis dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, Ally berkata, dia mengganggap individu yang melakukan perkara itu mengalami masalah mental.

"Saya tidak tahu apa tujuan dia memilih saya untuk melakukan perbuatan ini. Menggunakan modus operandi yang sama, mungkin juga kerana kerja saya yang banyak berurusan dengan ramai artis menyebabkan dia mengambil kesempatan.

"Memang ramai artis yang marah dengan saya kerana tidak mengambil tindakan apa-apa. Saya sedang menyiasat perkara ini dan ada beberapa bukti yang sudah ditemui untuk mendakwa lelaki berkenaan,” katanya.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top