0
A+ A-
Isu Ahmad Bashah terima rasuah RM50k untuk hadir sidang media tolak Mukhriz | Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan Ketua Umno bahagian di Kedah disogok RM50,000 setiap seorang, manakala ketua sayap Umno bahagian dibayar RM5,000 sebagai saguhati kerana hadir sidang media menolak kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar, pada 20 Januari lalu.

Katanya, dakwaan yang diviralkan itu adalah cubaan untuk menjejaskan nama baik beliau selepas mengambil alih jawatan daripada Mukhriz lapor Sinar Harian.

Isu MB baru Kedah terima rasuah RM50,000 untuk hadiri sidang media tolak Mukhriz

“Saya tiada duit sebanyak itu nak bagi (sogokan), apa yang disebarkan cakap-cakap orang sahaja. Nak minum kopi ajak belanja boleh, nak ambil sokongan dengan bayaran wang, itu bukan budaya dalam Umno.

“Saya minta semua pihak agar hentikan fitnah macam ini. Laporan polis sudah dibuat berhubung dakwaan itu,” katanya, pada sidang media, selepas memulakan tugas di Wisma Darul Aman, semalam.

Ahmad Bashah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai viral di laman sosial mengenai luahan kononnya seorang pemimpin Puteri Umno di Pulau Pinang yang tidak berpuas hati dengan tindakan menggugurkan Mukhriz.

Menurut Ahmad Bashah, kemelut politik di Kedah telah selesai dan menteri besar baharu telah pun dilantik. 

“Yang penting sekarang bergerak ke hadapan tunaikan janji Umno ketika PRU lalu. Sekarang masa untuk bekerja demi kepentingan negeri dan rakyat Kedah,” katanya.

Ahmad Bashah turut menasihatkan pihak luar menghentikan penyebaran viral berbentuk tuduhan, fitnah mahupun penghinaan terhadap individu tertentu.

“Jangan gemar membuat fitnah sana sini, ia perbuatan yang bahaya terutama apabila tiada bukti. Ia tidak perlu ada dalam budaya kita selaku orang Timur, terutama anak muda yang akan mewarisi kepimpinan negara,” katanya.

Menurutnya, dibimbangi sekiranya budaya itu menular kepada generasi muda, boleh merosakkan segala perancangan yang direncanakan.

“Saya minta anak-anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan negeri dan negara, hentikan segera fitnah yang tidak menguntungkan. Sebaliknya tampil membantu kerajaan negeri melalui curahan idea dan tenaga,” katanya.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top