0
A+ A-
Isu pelawak Mr Os masuk PAS | Pelawak terkenal, Mr Os muncul atas pentas Pas ketika Sambutan 63 Tahun Pas Perlis menimbulkan tanda tanya selepas gambar berkenaan dimuatnaik oleh laman Facebook rasmi, Pemuda Pas (DPP Malaysia official), hari ini.

Kapsyen pada gambar itu berbunyi, “Gambar ini diambil semasa berlangsungnya program Sambutan 63 Tahun Pas Perlis semalam. Subhanallah. Alhamdulillah. ALLAHUAKBAR.”

Isu Mr Os masuk PAS

Sinar Online sedang berusaha menghubungi Mr Os atau nama sebenarnya Yusof Hamid bagi mendapat pengesahan beliau.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan ketika diminta respons berhubung perkara itu berkata tidak pasti mengenai dakwaan tersebut.

“Saya tidak pasti mengenai penyertaan sebagai ahli Pas. Nanti saya semak. Cuma yang pasti beliau begitu mesra dengan Pas dan menghadiri beberapa program Pas mutakhir ini,” katanya kepada Sinar Online.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Pas menerima penyertaan beberapa artis tempatan seperti Bob Lokman, Hairie Othman, Aisyah dan Abby Abadi.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top