0
A+ A-
Janda dicekup bersekedudukan dengan suami orang | SEMABOK - Kecurigaan masyarakat terhadap seorang lelaki yang sering bertandang ke sebuah rumah didiami seorang janda di Semabok akhirnya terbongkar apabila dicekup berkhalwat oleh Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), lewat malam kelmarin.

Dalam pemeriksaan yang dijalankan pada jam 12.00 malam itu, sepasukan Bahagian Penguat kuasa Jaim mendapati seorang ibu tunggal berusia 42 tahun bersama pasangannya seorang lelaki berusia 41 tahun ada di dalam rumah tersebut.

Turut ditemui di dalam rumah berkenaan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dipercayai anak kepada wanita yang ditahan itu.

Ketua Pegawai Bahagian Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, tangkapan dibuat adalah hasil aduan orang awam.

Janda kantoi bersekedudukan dengan suami orang

“Sewaktu anggota penguat kuasa mengetuk pintu rumah terbabit, seorang wanita memakai seluar trak serta berbaju ‘T’ membuka pintu dan mengaku itu adalah rumahnya.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati seorang lelaki berkain pelikat dan memakai baju ‘T’ dipercayai sedang tidur di dalam bilik berasingan.

“Hasil soal siasat, wanita berkenaan adalah ibu tunggal dan memberikan alasan lelaki berkenaan adalah kawannya. Pihak kami turut mendapati lelaki terbabit adalah anggota tentera yang sudah berkahwin serta menetap di Sungai Udang,” katanya.

Katanya, selepas membuat laporan polis, pasangan terbabit kemudiannya dibawa ke pejabat penguat kuasa Jaim untuk siasatan lanjut sebelum dibawa ke mahkamah untuk proses jaminan.

“Pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekedudukan dengan bukan muhrim.

“Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top