0
A+ A-
Jawapan Bashah apabila ditegur ‘jangan lena ketika majlis angkat sumpah’ oleh Mukhriz | “Saya tidak lena tetapi hanya pejam mata sebab nak menghayati ucapan tuanku pada majlis di istana tempoh hari”.

Demikian penjelasan bakal Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai video berkenaan yang menjadi viral sebelum ini.

Sebagai tetamu yang duduk di barisan hadapan, tidak mungkin beliau akan terlena atau tidur dalam majlis besar seperti itu lapor Sinar Harian.

Jawapan Bashah apabila disindir Mukhriz

“Saya duduk sebaris dengan semua tetamu kenamaan termasuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Jadi tidak mungkin saya akan berbuat demikian.

“Semua dakwaan itu adalah tidak benar dan sengaja memberi gambaran negatif terhadap saya,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno Kedah di Bangunan Tunku tengah hari ini.

Mengulas mengenai pesanan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir agar tidak lena ketika majlis  angkat sumpah di Istana Anak Bukit  hari ini  beliau berkata ia tidak akan berlaku.

Sambil menyifatkan nasihat itu sebagai nakal, Ahmad Bashah yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kedah berkata, perkara seperti itu tidak wajar ditimbulkan.

“Mungkin ada niat lain di sebalik nasihat yang tidak begitu bernas,” katanya.


ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top