0
A+ A-
Juruterbang MH370 ditemui selamat? | Kuala Lumpur – Laporan sebuah portal berita kononnya juruterbang pesawat MH370 yang hilang hampir dua tahun lalu ditemui selamat di Taiwan, adalah palsu.

Berdasarkan penelitian, wujud keraguan fakta dalam berita oleh worldnewsdailyreport.com kononnya Kapten Zaharie Ahmad Shah ditemui penduduk kampung di tebing Sungai Tangshui, Isnin lalu.

Kapten Zaharie ditemui selamat?

Ini kerana portal itu menggunakan gambar Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr S Jeyaindran sebagai Dr Syed Boon Sulong yang kononnya kini merawat juruterbang berusia 53 tahun itu.

Memetik laporan Kuala Lumpur Post, berita yang tersebar mengenai penemuan juruterbang MH370, Kapten Zaharie adalah rekaan semata-mata.

Berikut merupakan berita yang tersebar:

Juruterbang MH370 ditemui selamat?

Catat Ulasan Blogger

 
Top