0
A+ A-
Misteri 7,828 rakyat Malaysia sanggup lepaskan kerakyatan untuk jadi warga Singapura | Seramai 7,828 individu dikatakan telah melepaskan kerakyatan sebagai warganegara Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada warga Singapura sejak dua tahun kebelakangan ini, kata Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming.

“Tidak mengejutkan apabila majoriti daripada individu berkenaan adalah kaum Cina.

“Apa yang menyedihkan ialah, mereka ini yang sebelumnya sangat cintakan negara memilih untuk tidak lagi menjadi warganegara Malaysia atas alasan Singapura merupakan sebuah negara yang lebih menguntungkan,” katanya melalui satu kenyataan hari ini lapor The Rakyat Post.

Kenapa 7,828 individu lepaskan kerakyatan Malaysia untuk jadi warga Singapura

Mengikut statistisk daftar pemilih tahunan, beliau berkata ramai warganegara Malaysia yang sudah mendaftar sebagai pengundi hilang kelayakan untuk mengundi ekoran menggugurkan kewarganegaraan mereka.

“Sejumlah rakyat Malaysia telah mendaftar di dalam daftar pengundi dan dikeluarkan dari senarai itu akibat tidak lagi menjadi warganegara Malaysia.

“Inidividu-individu berkenaan digugurkan daripada sistem daftar pengundi pada tahun 2014 dan 2015,” katanya.

Ong menambah, majoriti yang mengugurkan taraf warganegara berkenaan adalah melibatkan penduduk dari Johor.

“Jumlah terbesar bekas warganegara Malaysia ialah 36.6 peratus dari Johor, diikuti 19.5 peratus dari Perak, Selangor dengan 9.4 peratus, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 6.7 peratus, Melaka seramai 5.6 peratus, Pulau Pinang 5.4 peratus dan Negeri Sembilan 5.3 peratus.

“Majoriti daripada mereka berada pada lingkungan umur 30 hingga 50 tahun dengan peratusan 80.5 peratus yang memberi makna mereka berada dalam tempoh paling produktif untuk bekerja,” tambah beliau.

Beliau juga berkata 56 peratus yang meninggalkan Malaysia ke Singapura terdiri daripada wanita berbanding lelaki.

Bagaimanapun, Ong berkata agak sukar baginya untuk menentukan alasan yang kukuh mengapa lebih ramai wanita yang bertukar warganegara berbanding lelaki tanpa maklumat tambahan yang sewajarnya.

Catat Ulasan Blogger

 
Top