0
A+ A-
Kenyataan Nur Ameera, Adik Neelofa Selepas Dikecam Netizen | NUR Ameera Mohd Noor, adik kepada pelakon terkenal Neelofa tampil memohon maaf selepas tindakan dia memuatnaik video pandangannya mengenai 'sekolah antarabangsa vs sekolah kerajaan' menerima kecaman netizen.

Menerusi satu kenyataan, Ameera berkata tujuan dia memuatnaik video itu bukan berniat untuk menyakiti sesiapa tetapi dia berjanji untuk lebih berhati-hati selepas ini sekiranya ingin mengutarakan sesuatu isu supaya insiden yang sama tidak berulang.

 Kenyataan Adik Neelofa, Nur Ameera Selepas Dikecam Ramai

"Saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan penyiaran video itu baru-baru ini. Saya tidak berniat sama sekali untuk menyakiti anda dalam apa jua cara sekalipun. Semua yang saya katakan itu adalah berasaskan daripada pengalaman saya dan pemerhatian saya seperti yang dinyatakan dalam video.

"Saya hanya membandingkan, saya tidak bermaksud untuk menghina. Saya merasakan saya mempunyai hak untuk meluahkan pendapat saya dan anda mempunyai hak untuk memberi komen, bersetuju atau tidak bersetuju dengan pendapat itu,” katanya.

Sebelum ini, video Ameera mengenai 'sekolah antarabangsa vs sekolah kerajaan' menerima kecaman netizen kerana pandangan Ameera terhadap sekolah kerajaan dilihat seolah-olah menghina.

Menerusi video yang berdurasi 10:23 minit itu, Ameera telah menyatakan pendapat bahawa cikgu di sekolah kerajaan buat kerja cincai, tandas kotor, kantin sentiasa dalam keadaan berminyak malah makanan juga tidak sedap.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top