0
A+ A-
Misteri poster GPS ditampal sekitar Shah Alam terbongkar | Sinar Harian dihujani panggil telefon yang tidak putus-putus sejak beberapa hari lalu setelah wujudnya poster GPS yang ditampal sekitar Shah Alam.

Pelbagai spekulasi timbul yang mengaitkan poster itu dengan sebuah parti baharu yang memulakan kempen awal untuk pilihan raya akan datang.

Malah ada juga mengaitkan poster itu dengan konflik politik di Kedah.

Namun sebenarnya poster berkenaan tidak ada kaitan langsung dengan mana-mana parti politik ataupun calon pilihan raya.

GPS adalah singkatan kepada guru, pelajar dan sekolah merujuk kepada GPSBestari.com sebuah portal pendidikan baharu.

Editornya, Wan Normi Hasan berkata, portal ini memaparkan pelbagai berita mengenai sekolah, tokoh guru dan pelajar, personaliti dan berita aktiviti alumni serta PIBG lapor Sinar Harian.

Kisah disebalik poster GPS ditampal di Shah Alam

“Selain ruangan berita dan aktiviti, portal ini turut menyediakan soalan SPM tahun lepas dan UPSR format baharu bagi membantu pelajar melakukan ulang kaji.

“Ruangan direktori juga dipaparkan dengan maklumat lengkap mengenai sekolah dan guru-guru,” katanya.

Menurutnya, bagi guru yang berhasrat untuk berpindah ke tempat lain bolehlah berkunjung ke ruangan Saya Mahu Pindah.

Kata beliau, portal pendidikan ini boleh disifatkan sebagai hadiah kepada komuniti sekolah yang sebelum ini hanya diberi ruang yang terhad di media untuk memaparkan aktiviti mereka.

“Kepada guru, pelajar, alumni dan PIBG, hubungi  kami di facebook GPSBestari atau hubungi 0192802080 untuk kami barakan aktiviti anda,” katanya.

Catat Ulasan Blogger

 
Top