0
A+ A-
Kantoi tengah 'main' dengan isteri orang, lelaki terjun bangunan bogel | Beijing: Akibat ‘kantoi’ ditangkap bersama isteri orang, seorang lelaki bertindak nekad memanjat keluar dari tingkap bilik kekasihnya dan turun ke bawah menggunakan saluran paip hujan dalam keadaan telanjang bulat.

Orang ramai yang terkejut dengan insiden itu memerhati dengan kagum apabila lelaki terbabit menggelungsur turun ke bawah dari bangunan blok rumah pangsa selepas memecut pantas dari tingkap di tingkat tiga.

Lelaki nekad terjun bangunan bogel akibat kantoi berasmara dengan isteri orang
GAMBAR tersebar di media sosial menunjukkan lelaki itu berusaha menyelamatkan diri.

Dia dikatakan sedang bermesra dengan seorang wanita di dalam bangunan itu apabila suami kekasihnya pulang secara tiba-tiba dan menangkap mereka bersama.

Lelaki itu tidak sempat menyarung pakaian dan mula memanjat menggunakan kabel sebagai tali.

Dia berhenti beberapa kali dan dilihat teragak-agak sama ada untuk pergi ke arah atas atau bawah.

Insiden di China itu dirakam dan disiarkan di Youtube sebelum menjadi viral.

Menurut laporan media tempatan, lelaki itu terselamat selepas jatuh sebelum dibantu orang ramai dalam pada mereka tidak ketinggalan merakam aksinya menggunakan telefon bimbit. - Agensi
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top