0
A+ A-
Dituduh cuba promosi produk di Sekolah, ini luahan Dato Vida | Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berang apabila dituduh cuba mempromosikan produk keluaran syarikatnya di sebuah sekolah di Kelantan.

Baca artikel sebelum: Guru besar minta ibu bapa hadir mesyuarat PIBG pakai baju pink sempena kedatangan Dato Vida

Sebaliknya, Vida menegaskan beliau tidak berhasrat untuk menjadikan sekolah sebagai medan untuk mempromosikan produk kecantikan dan kesihatan keluaran syarikatnya lapor Mstar.

Luahan Dato Vida didakwa cuba promosi produk di Sekolah

“Sekolah bukan medan untuk saya promosikan produk yang saya jual. Saya sudah ada 500 outlet yang memasarkan produk saya. Saya juga gunakan iklan di televisyen untuk mempromosikan produk tersebut,” katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang meminta jutawan kosmetik itu untuk tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Kamil 1 di Pasir Puteh, Kelantan.

Menurut Vida, sebagai seorang bekas guru beliau mengetahui had dan batasan semasa berada di sekolah.

“Saya pun pernah bergelar guru suatu ketika dahulu, jadi saya tahu ada peraturan yang perlu saya patuhi apabila melibatkan sebarang aktiviti di sekolah.

“Daripada ribuan jemputan yang diterima, saya terpanggil untuk datang ke sekolah ini. Secara kebetulan saya berada di Kelantan, jadi saya cuba memenuhi permintaan itu tapi tak sangka ia dijadikan isu,” katanya.

Jelas usahawan wanita dari Machang itu, beliau terpanggil untuk memberi suntikan motivasi kepada murid-murid di sekolah tersebut supaya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan mereka.

“Saya dulu pun seorang murid, anak yatim piatu yang sentiasa berusaha keras untuk berjaya seperti hari ini. Jadi tidak salah jika saya beri semangat kepada mereka untuk maju jaya dalam kehidupan,” katanya.

Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Vida berkata beliau mengambil keputusan untuk tidak hadir pada mesyuarat tersebut.

“Kalau dah timbul isu sebegini, nampaknya saya terpaksa lupakan jemputan tersebut. Saya tak nak perkara ini diperbesar-besarkan,” katanya.

Vida berkata beliau lebih selesa membawa bersama ‘pasukannya’ iaitu kakitangan syarikat dalam apa jua aktiviti yang dihadirinya.

“Saya tidak akan bergerak sendirian. Ke mana sahaja saya pergi, saya akan bawa bersama pasukan saya. Ini memang cara saya,” katanya.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top