0
A+ A-
Gadis dirogol dan dimasukkan ke hospital tapi dirogol pak gad pula dalam hospital | Seorang mangsa rogol didakwa diserang secara seksual buat kali kedua di sebuah hospital di India ketika sedang mendapatkan rawatan.

Gadis 15 tahun yang tidak disiarkan namanya itu mendakwa, dia dirogol untuk kali kedua oleh seorang pengawal keselamatan Kolej Perubatan dan Hospital Mahatma Gandhi (MGMCH) di bandar Jamshedpur.

Dia mendakwa dirogol kali kedua selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital berkenaan selepas diperkosa seorang remaja di kawasan tempat tinggalnya, lapor The Independant.

Hospital awam di India sering sesak dan mempunyai kawalan keselamatan yang longgar.

Selain itu, anggota polis Superintendent Chandan Jha memberitahu AFP bahawa pengawal keselamatan tersebut telah ditangkap dan gadis itu pula dipindahkan ke sebuah “hospital yang terbaik” di bandar itu untuk rawatan lanjut lapor Malaysiakini.

Mangsa rogol malang diperkosa kali kedua di hospital

“Kami mendaftar kes ini… dan kini menunggu laporan perubatan gadis itu,” kata Chandan.

Kes itu timbul selepas protes besar-besaran di Kolkata pada Jumaat yang diketuai oleh kumpulan hak asasi progesif wanita India AIPWA.

Ekoran bantahan itu, tiga lelaki dihukum mati kerana disabitkan kesalahan merogol beramai-ramai dan membunuh seorang wanita berusia 20 tahun pada 2013.

Gangguan seksual dan keganasan terhadap wanita di India mendapat perhatian serius selepas insiden rogol beramai-ramai dan membunuh pelajar fisioterapi, Jyoti Singh di Delhi selepas wanita tersebut dan kawan lelakinya diserang dalam bas pada 2012.

Kes itu menarik perhatian nasional terhadap nasib wanita dan ramai yang menuntut hukuman yang lebih berat ke atas perogol.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top