0
A+ A-
Misteri Mayat lelaki warga Malaysia ditemui terapung di Sungai Golok | Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan kecederaan di bahagian kepala di percayai dibunuh di Sungai Golok berhampiran Pengkalan Klinik di sini pagi tadi.

Mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui terapung di dalam sungai berkenaan oleh penduduk sekitar jam 11 pagi tadi lapor Astro Awani.

Misteri Mayat lelaki Malaysia terapung di Sungai Golok

Mangsa, Azami Mohamed, 38, merupakan seorang guru pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Mengkebang, dan berasal dari Kampung Pasir Kelang Baru, Kuala Krai.

Kes berkenaan dikendalikan oleh pihak berkuasa Thailand kerana mayat berkenaan ditemui dalam kawasan Thailand.

Mayat warga negara Malaysia itu dipercayai dibunuh di tempat lain dan dibuang di sungai berkenaan.

Dokumen penting termasuk kad pengenalan, kad bank dan sebagainya turut ditemui bersama mangsa.

Mayat mangsa kini ditempatkan di Hospital Sungai Golok dan siasatan dilakukan oleh pihak berkuasa Thailand.

Misteri Mayat lelaki warga Malaysia ditemui terapung di Sungai Golok
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top