0
A+ A-
Telinga budak perempuan 12 tahun jadi sarang 1000 semut gergasi | Lebih 1,000 semut gergasi dikeluarkan dari telinga seorang budak perempuan selepas doktor mengesan sarang serangga itu.

Penemuan mengejutkan itu berlaku apabila Shreya Darji, 12 dibawa ibu bapanya menemui doktor pakar apabila anak  sering mengadu tidak selesa pada telinganya sejak Ogos lalu.

Berasal dari Deesa di barat India, Shreya terpaksa berhadapan situasi pelik apabila sekurang-kurangnya 10 semut akan keluar dari telinganya setiap hari.

Pakar unit leher, hidung dan telinga di sebuah hospital di sini, Dr. Jawahar Talsania berkata, pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu normal lapor MStar.

Misteri Ribuan Semut Gergasi Bersarang Dalam Telinga Budak Perempuan

“Dia juga tidak mengalami kesakitan, malah tiada kerosakan dikesan pada gegendang telinganya,” kata Jawahar.

Sementara itu, bapa Shreya, Sanjay Darji, 40, berkata,semut itu akan keluar dari telinga anaknya setiap hari, termasuk ketika di sekolah.

Pengusaha bengkel membaiki televisyen itu berkata,  dia terpaksa membawa anaknya menemui doktor kerana keadaan Shreya semakin teruk.

“Saya telah melakukan apa yang saya mampu namun semua usaha itu gagal setakat ini kerana masih ada semut di dalam telinganya,’’ katanya.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top