0
A+ A-
Mahathir kata Najib kawal Peguam Negara | Peguam negara berada di bawah kawalan perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad kepada akhbar perniagaan Financial Times (FT) berhubung keputusan pendakwa raya itu yang enggan mendakwa Datuk Seri Najib Razak dengan alasan kekurangan bukti.

“Pendapat saya peguam negara di bawah kawalan subjek siasatan, iaitu perdana menteri,” kata Dr Mahathir kepada akhbar itu hari ini.

Dr Mahathir, yang kini menjadi pengkritik Najib paling lantang turut menyifatkan alasan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai “mengarut” apabila tidak mengambil tindakan kerana AS$681 juta (RM2.6 bilion) adalah sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi lapor The Malaysian Insider.

Najib kawal Peguam Negara - Mahathir

Apandi berkata tidak wujud perbuatan salah laku kerana Najib memulangkan semula AS$620 juta pada Ogos 2013.

Sejumlah AS$681 juta dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri antara 22 Mac dan 10 April tahun itu,

“Dari awal lagi saya tidak percaya wang itu diberikan oleh Saudi, dan saya tidak percaya bakinya dikembalikan kepada Saudi.

“Jika ia benar, saya mahu tahu siapa yang beri, apa kedudukan kewangan mereka, sama ada ia sebenarnya daripada sultan dan apa rekod banknya kerana wang sedemikian banyak perlu melalui beberapa bank, ia perlu dipindahkan dari bank ke bank lain,” katanya dipetik berkata dalam rakaman video yang dimuat naik di laman web FT bersama artikelnya.

Apandi berkata tidak ada bukti mencukupi untuk mendakwa Najib mengenai wang yang masuk ke akaunnya daripada syarikat milik Kementerian Kewangan, SRC International Sdn Bhd.

Peguam negara berkata, Najib tidak tahu mengenai pindahan wang itu dan beliau juga tidak mengarahkan transaksi itu.

Dr Mahathir kerap mengkritik Najib sejak lebih setahun lalu, bermula dengan syarikat 1MDB yang diilhamkan perdana menteri dan dasar lain termasuk program Bantuan Rakyat 1Malaysia.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top