0
A+ A-
Pastikan 6 ciri ini ada pada pasangan anda kalau nak bahagia | Bila bab memilh pasangan ni masing-masing ada pilihan sendiri. Ada nak yang cantik, hensem dan ada yang tak memilih paras rupa asalkan baik hati.

Tapi, semua tu menjamin kebahagiaan ke? Rupa paras tak menjamin kebahagiaan dan kekayaan bukan segala-galanya.

Kes penceraian di Malaysia semakin membimbangkan. Mana taknya kalau dalam sehari sebanyak 156 kes direkodkan.

Menerusi Hanasuva.com, kami kongsikan kepada anda 6 ciri yang harus ada pada pasangan anda agar hidup anda bahagia di masa kelak.

Nak bahagia? Pastikan pasangan anda ada 6 ciri ini.

Mampu mempertahan hubungan

Jika nakkan hubungan yang bahagia, pasangan anda tu mestilah seorang yang mampu mempertahankan hubungan dan tak mudah melatah jika ada masalah. Kalau masa bercinta pun sikit-sikit minta putus walaupun masalah remeh, susah juga tu.

Berperwatakan kelakar, tak serius je

Kalau pasangan anda tu selalu buat anda tersenyum dan ketawa, dia adalah orang yang tepat. Bila ada masalah, tengok je mereka, lupa masalah buat seketika. Kalau dapat yang serius memanjang, memang stres.

Komitmen berpasangan

Jika pasangan anda tu sudah bersedia untuk memberikan komitmen pada pasangan, itu tandanya dia memang sayangkan anda dan bersedia untuk memikul tanggungjawab suami/isteri.

Penampilan menarik, baru la sedap mata memandang

Penampilan sangat penting. Jangan la masa bekerja je nak nampak segak dan cantik, tapi depan pasangan selekeh je memanjang. Masa kahwin nanti boleh hilang selera.

Tak kejar kesempurnaan, terima seadaanya

Jika si dia terima segala kekurangan anda dan anda juga mampu menerima kekurangan pasangan anda, itu adalah kunci kebahgiaan sebuah hubungan.

Jadi pendengar yang baik

Dalam perhubungan, bukan je kasih sayang jadi ukuran, tapi persefahaman juga penting. Jika ada masalah, masing-masing sedia mendengar dan menjadi tempat untuk meluahkan sesuatu.

Diterima keluarga

Restu ibu bapa sangat penting dalam perhubungan. Jika pasangan anda mampu menyayangi dan menghormati keluarga anda, semestinya mereka adalah pilihan yang tepat.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top