0
A+ A-
Gadis Sebar Berita Pesawat MAS Hilang Dikecam | Kuala Lumpur – Seorang gadis yang memuatnaik status kononnya satu lagi pesawat penerbangan Malaysia (MAS) hilang menerima kecaman hebat dari para pengguna Facebook kerana didakwa cuba menyebarkan berita palsu. 

Sharifah Sofia Syed Rashid melalui akaun mendakwa pesawat MH149 yang hilang itu dalam perjalanan dari KLIA ke Melbourne, Australia lapor SuaraTV.

Padah Sebar Berita Pesawat MAS Hilang, Gadis Dikecam

“Wahai rakyat Malaysia sekalian, Terkini: Ada sesiapa yang ada terdengar berita terbaru sebentar tadi. Satu lagi pesawat MAS MH149 yang berlepas jam 21:50 PM dari KLIA ke Melbourne telah hilang dari radar dan tidak dapat dikesan. Panas…..” tulisnya melalui status yang dimuatnaik malam tadi. 

Tindakan gadis itu pada mulanya telah menyebabkan pengguna media sosial panik, malah ada yang turut berkongsi status tanpa menyedari kesan disebalik sebalik tindakan tersebut. 

Tinjauan kami mendapati, rata-rata penguna Facebook menyifatkan tindakan Sharifah Sofia itu sebagai tidak bertanggungjawab dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya. 

Mereka turut mendakwa gadis tersebut sebagai gila kerana mahu mencari publisiti murahan dengan menyebarkan khabar angin. 

Status tersebut bagaimanapun dipadamkan tidak lama selepas itu.

Catat Ulasan Blogger

 
Top