0
A+ A-
Pukul pekerja Pakistan, Papa Gomo disiasat polis | Polis akan menyiasat penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris kerana didakwa menyerang seorang pekerja asing susulan penyebaran video insiden tersebut yang viral di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata Muhammad Azri, atau lebih dikenali sebagai Papa Gomo, akan disiasat kerana mengambil tindakan tanpa mengikut undang-undang lapor Astro Awani.

Papa Gomo disiasat polis akibat pukul warga asing

“Kami tidak mahu orang ramai bertindak mengikut undang-undang sendiri. Sama ada mereka adalah orang luar atau tempatan, mereka masih tertakluk kepada kuasa undang-undang di sini.

“Adalah salah untuk mengambil tindakan mengikut undang-undang sendiri sama ada ke atas orang luar atau sesiapa sahaja,” kata Noor Rashid.

Menurut beliau, pihaknya akan mengambil tindakan ke atas Muhammad Azri susulan penyebaran video itu.

“Pihak polis akan mengambil tindakan ke atas perkara ini walaupun tiada laporan dibuat kerana ia sudah viral,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media pada Jumaat.

Pada masa sama, Noor Rashid bersetuju bahawa tindakan Muhammad Azri dilihat sebagai menjejaskan peranan polis dan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengikuti tingkah laku penulis blog itu.

Video viral yang dimuat naik Rabu lalu itu memaparkan Papa Gomo meminta pekerja asing terlibat dicam oleh adik perempuannya atas dakwaan melakukan gangguan seksual.

Setelah dikenal pasti, Papa Gomo mula menumbuk dan menampar lelaki berkenaan sambil memberi amaran kepadanya agar menghormati rakyat negara ini.

Papa Gomo mempertahankan tindakannya sebagai seorang abang yang melindungi adik dan memberi alasan sukar untuk mengheret pekerja asing ke muka pengadilan.

Tahun lalu, Papa Gomo pernah ditahan di bawah Akta Hasutan berhubung kes rusuhan di Plaza Low Yat.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top