0
A+ A-
Pramugari Bongkar Servis yang Menjijikkan di Atas Pesawat | Topik mengenai pramugari memang selalu menarik untuk dibahas. Lebih-lebih lagi banyak misteri tersembunyi mengenai kehidupan dan pekerjaan pramugari yang tidak banyak orang tahu serta selalu membuat perasaan ingin tahu menebal.

Seorang bekas pramugari sebuah pesawat penerbangan Amerika Syarikat membuat sebuah pengakuan yang boleh mengejutkan siapapun mengenai industri penerbangan.

Pengakuan bekas pramugari ini membuat kontroversi pengguna pesawat penerbangan di Amerika Syarikat.

Bekas pramugari tersebut bernama Allison Hope. Allison dalam sebuah artikel yang ditulisnya menceritakan panjang lebar tentang bagaimana "kejam" dan "parahnya" layanan yang diberikan oleh awak pesawat untuk para penumpang.

Pendedahan Pramugari Mengenai Servis yang Menjijikkan di Atas Pesawat
Gambar hiasan.

Allison dengan tegas mengatakan bahawa penumpang harus melewatkan teh dan kopi percuma yang ditawarkan dalam penerbangan kerana air panas berasal dari tangki air yang sukar dibersihkan dan penuh bakteria. Malah, tempat makanan dan minuman bagi penumpang sangat tidak steril kerana dibersihkan ala kadar saja.

"Penumpang sering menggunakan bekas tersedia sebagai pinggan untuk makanan. Tapi sayang, itu jarang sekali dibersihkan," tulis Allison. Oleh kerana itu, Allison menyarankan supaya penumpang membawa tisu antiseptik sebelum memakai pinggan yang diberikan awak pesawat. Tentu saja, tisue tersebut digunakan untuk mengelap pinggan sebelum digunakan.

Alasannya adalah pada bekas atau pinggan tersebut boleh saja terdapat (sisa) muntahan penumpang lain yang tengah mabuk, cairan tubuh, atau cairan sperma orang yang berhubungan seks atau bermasturbasi dalam pesawat.

Bagi Allison, hal-hal "ganjil" tersebut tidaklah mengejutkan kerana dia sering melihatnya dalam penerbangan, khususnya penerbangan jarak jauh.

Lebih lanjut, Allison dengan tegas kembali memperingatkan agar para penumpang hanya menerima makanan yang masih dalam keadaan dibungkus dan dari perusahaan terkemuka. 

Hal ini boleh dimaklumi kerana menurut survey terbaharu yang dilakukan oleh Travelmath (sebuah laman web travelling) menyatakan bahawa permukaan paling kotor di pesawat bukan kerusi toilet atau sabuk pengaman kerusi, melainkan bekas makanan (trays) dengan 2.155 unit pembentuk koloni (CFU). CFU adalah ukuran dari jumlah bakteria per inci persegi.

Selain itu, juga banyak orang yang tiba-tiba meninggal dalam penerbangannya, sering kali kerana kondisi jantung.

Ketika ada seseorang yang meninggal, para penumpang mungkin tidak sadar berada di dalam satu pesawat dengan mayat. Malah, seorang jurnalis bernama Owen Thomas, merakam hal-hal menjijikkan yang tersembunyi dalam sebuah penerbangan kelas satu. 

Pada dasarnya, setiap pesawat yang dimiliki oleh setiap maskapai penerbangan telah dijadualkan untuk melakukan pemeliharaan secara rutin. 

Tapi walau demikian, ada satu hal yang harus diingat oleh para penumpang bahawa beberapa masalah mungkin saja tidak (dapat) ditangani dengan baik jika hal tersebut dianggap tidak menimbulkan risiko bagi penumpang dan awak pesawat.

Semoga bermanfaat, tetap berhati-hati dan tetaplah traveling
(Daily Mail, NY Post, news.com.au)
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top