0
A+ A-
SSM buru peniaga online yang belum berdaftar, denda RM50,000 menanti | Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menjalankan satu operasi pemeriksaan terhadap peniaga-peniaga dalam talian atau online bagi memastikan kesemua pemilik perniagaan tersebut mendaftar secara sah.

Ketua Pegawai Operasi (CEO) SSM, Datuk Zahrah Abd. Wahab Fenner berkata, pihaknya ketika ini sedang mengumpul pelbagai maklumat mengenai syarikat perniagaan online berkenaan menerusi satu unit khas pemeriksaan yang telah ditubuhkan lapor Kosmo.

Peniaga online yang belum berdaftar kini dikejar SSM

“Memang terdapat dalam perancangan SSM untuk mengawal perniagaan online bagi tahun ini dan kami bakal melakukan pemeriksaan terhadap mereka menerusi satu unit khas yang akan mengumpul dan memantau maklumat menerusi internet, media sosial, surat khabar dan juga aduan-aduan daripada orang ramai.

“Kami juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta persatuan-persatuan perniagaan online untuk mengenalpasti pemilik-pemilik perniagaan ini. Saya tidak boleh dedahkan lagi sebarang perancangan, namun mungkin dalam masa tiga bulan lagi kami akan melakukan operasi terhadap mereka,” kata Zahrah.

Beliau berkata demikian selepas menyertai Operasi Pemeriksaan Fizikal ke atas lebih 100 buah premis syarikat dan perniagaan di pusat membeli belah Nu Sentral dan KL Sentral bersama-sama pegawai-pegawainya di sini, sebentar tadi.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top