0
A+ A-
Penyamun tertinggal tangan ketika larikan diri | Seorang pemilik kedai runcit bertindak menetak pergelangan tangan kiri seorang perompak yang mengugut ibunya dengan parang di Kilang Lama di Kulim.

Dua lelaki yang memakai topi keledar tiba menggunakan motosikal dan meluru masuk ke dalam kedai tersebut kira-kira pukul 7.45 malam Rabu.

Salah seorang daripada mereka mengacukan parang sepanjang satu meter kepada wanita berusia 59 tahun itu.

Pemilik kedai runcit itu berkata dia sedang makan di belakang kedai manakala ibunya berada di kaunter jualan. lapor MStar.


Perompak tertinggal tangan ketika larikan diri

“Salah seorang daripada mereka menekan pisau kecil di pinggang saya manakala seorang lagi mengacukan parang ke arah ibu saya,” kata lelaki berusia 34 tahun itu.

Pemilik kedai runcit itu berkata dia tidak pasti apa yang berlaku dalam tempoh beberapa saat kemudian.

Namun dia berjaya merebut pisau kecil dan menyerang perompak tersebut.

Beberapa ketika, kedua-dua lelaki itu bergegas meninggalkan kedai tersebut.

Penyamun tertinggal tangan ketika larikan diri

“Saya tidak tahu mengapa tiba-tiba mereka melarikan diri sehingga seorang pejalan kaki memberitahu saya ternampak pergelangan tangan terputus tertinggal di kaki lima luar kedai.

“Saya tidak tahu bahawa saya telah menetak telapak tangan salah seorang daripada mereka,” kata lelaki itu.

Namun, kejadian itu belum berakhir.

Dua jam selepas insiden itu, dua suspek pergi ke Hospital Sungai Petani yang terletak kira-kira 30 kilometer dari sini.

Kedua-dua suspek mereka cerita dirompak mangsa tetapi polis di hospital meragui kenyataan tersebut.

Penyamun tertinggal tangan ketika larikan diri

Lelaki yang terputus pergelangan tangannya ditahan polis manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata pemilik kedai runcit itu membuat laporan polis kira-kira pukul 10 malam, waktu yang sama perompak tersebut pergi ke hospital.

“Sudah tentu kami tidak percaya bulat-bulat apa yang mereka katakan. Cerita mereka amat meragukan,” katanya.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top