0
A+ A-
Hina Pemimpin Boleh Jadi Kafir - Rani Kulop | KUALA LUMPUR - Susulan tersebarnya gambar pemimpin UMNO berbadan anjing yang disunting oleh individu yang tidak bertanggungjawab, Abdul Rani kulop berkata tindakan individu itu dianggap kafir sekiranya pelakunya beragama islam. 

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) itu menegaskan bahawa perbuatan yang tidak bertanggungjawab seperti itu boleh mendatangkan fitnah. 

Rani Kulop Tegaskan Hina Pemimpin Boleh Jatuh Kafir

"Ini adalah satu tindakan yang biadab, kurang ajar, keji dan amat memalukan. Saya nak ingatkan, jangan sesekali mengedit gambar pemimpin dengan mengubah keseluruhan tubuh manusia kepada bentuk lain. 

"Mengikut Islam, haram hukumnya. Kalau yang buat gambar itu orangnya adalah beragama Islam, ia boleh mendatangkan fitnah dan menjadikan kafir," katanya memetik laporan dari Free Malaysia Today, hari ini. 

Dalam masa yang sama, Rani Kulop juga menggesa Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri menyiasat perkara itu dan menangkap perlakunya serta menggenakan tindakan yang tegas seperti sebatan dan penjara. 

"Kenakan sebatan dan penjara 20 tahun. Cari pelaku itu sampai ke akar umbi agar dapat diambil tindakan terhadap pelaku tersebut," tegasnya.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top