1
A+ A-
'Mak! Mak! Sultan Johor Datang!' | SULTAN Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengejutkan penduduk Kg Lepau, Kota Tinggi apabila tiba-tiba muncul tanpa sebarang pemberitahuan awal, 6 Februari lalu.

Reaksi Rakyat Apabila Sultan Johor Datang Mengejut

Malah gara-gara terkejut melihat kedatangan baginda, seorang gadis yang dirakam dalam video dikongsikan di Facebook Sultan Ibrahim Official kelihatan memanggil ibunya, “Mak! Mak! Sultan Johor datang..”


Dalam video berkenaan, Baginda turut kelihatan menyapa tiga wanita yang sedang berehat di pangkin luar rumah dan turut berkenan bersalaman dengan bayi yang didukung oleh salah seorang mereka selain berhenti di sebuah kedai runcit lapor Mynewshub.

'Mak! Mak! Sultan Johor Datang!'

'Mak! Mak! Sultan Johor Datang!'

'Mak! Mak! Sultan Johor Datang!'

'Mak! Mak! Sultan Johor Datang!'

Bagaimanapun, penduduk Kg Lepau sebenarnya sudah terbiasa dengan sifat rendah diri Baginda yang sememangnya dikenali gemar mendekati penduduk kampung tersebut apabila bercuti di Sebana Cove berdekatan.

Sebana Cove yang tenang dan damai merupakan antara kawasan kegemaran Baginda untuk bercuti pada hujung minggu.

“Saya suka melawat ke kampung-kampung dan berbual bersama orang-orang kampung dengan secara santai, tanpa tatacara istiadat yang ada ketika kunjungan rasmi.

“Ia juga memberikan saya pandangan secara sepintas lalu kepada gaya kehidupan harian mereka dan saya mendapat tahu mengenai banyak perkara dengan cari ini,”titah Tuanku Sultan Ibrahim, sebagaimana dimuat naik di Facebook #‎sultanibrahimofficial. 
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

  1. Xde adab ke ape sultan... Suka hati duduk kat atas wall tu

    BalasPadam

 
Top