0
A+ A-
Bintang Running Man jumpa peminat guna pesawat yang ditaja | Program permainan realiti, Running Man, terus menjadi fenomena dan sentiasa ditunggu-tunggu penggemarnya.

Tidak hairanlah apabila bintang rancangan berkenaan terus berada di barisan hadapan selebriti popular Korea.

Kemasyhuran Running Man juga membawa seluruh pelakonnya ke serata pelosok tempat untuk sesi bertemu peminat. Jadual mereka sentiasa padat sepanjang tahun lapor BH Online.

Running Man jumpa peminat guna pesawat khas

Namun, mereka tidak perlu naik pesawat biasa untuk ke mana-mana. Status program itu sendiri membolehkan barisan bintangnya mendapat layanan pertama, iaitu terbang menaiki pesawat khas.

Rahsia itu terbuka selepas seorang bintangnya, Kim Jong Kook, memuat naik gambarnya bersama anggota pasukan ketika mereka dalam penerbangan ke Taiwan, baru-baru ini.

Pada 28 Januari lalu, mereka bersama kru Running Man diterbangkan dari Korea Selatan menuju ke Taiwan menggunakan sebuah pesawat peribadi.

“Kami dalam perjalanan pulang selepas jumpa peminat Running Man,” katanya yang turut berkongsi gambar dengan Yoo Jae Seok dan Lee Kwang Soo.

Difahamkan pesawat khas terbabit adalah milik penaja.

Catat Ulasan Blogger

 
Top