0
A+ A-
Datuk Seri Vida akan saman RM1 juta jika ada yang ciplak jersi baru Kelantan | Datuk Seri Hasmiza Othman, pemilik syarikat penaja utama Kelantan, memberi amaran keras kepada mereka yang menciplak jersi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).

Pemilik Vida Beauty Sdn Bhd, juga dikenali Datuk Seri Vida, berkata tindakan saman sehingga RM1 juta akan dikenakan terhadap pihak yang cuba meniru logo rasmi pasukan, termasuk nama produknya seperti Pamoga.

Beliau yang dilantik penasihat kehormat Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) berkata untuk mengelak ciplak, jersi baru pasukan itu tidak dipamerkan di media sosial sehingga ia dilancarkan bulan depan.

Saman RM1 juta untuk penciplak jersi pink baru Kelantan

“Saya akan lancarkan dua versi jersi dengan 20,000 helai akan dikeluarkan untuk edisi pertama pada 12 Februari nanti.Datuk Seri Vida beri amaran saman RM1 juta jika ada yang ciplak jersi pink baru Kelantan

“Jersi tradisi Kelantan merah-putih akan digunakan bagi perlawanan tempat sendiri. Jersi merah jambu-hitam dan biru-putih pula akan digunakan di tempat lawan,” kata Datuk Seri Vida seperti laporan Harian Metro hari ini.

Kagum dengan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menukar warna jaring gol kepada merah dan biru, Vida berkata beliau akan menyarankan kepada Kafa agar menukar jaring gol Kelantan kepada merah jambu.

Tambahnya, penukaran warna jaring itu mungkin tidak salah kerana sedondon dengan stadium dan juga jersi pasukan.

Malah ia nampak ceria dan bersemangat dengan lampu limpah merah jambu, lapor akhbar itu lagi.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top