0
A+ A-
‘Saya sudah tidak berminat untuk taja Kedah’ – Aliff Syukri | PENGASAS D’Herbs Healthy Sdn Bhd (D’Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman berkata, pihaknya sudah menarik diri daripada menjadi penaja buat pasukan Kedah.

Aliff Syukri Kamarzaman atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Terlajak Laris’ berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau tidak lagi berminat untuk menaja pasukan Helang Merah itu lapor Sinar Harian.

Sebab Datuk Terlajak Laris sudah tidak berminat taja Kedah

“Sudah, saya tidak berminat,” katanya ringkas menerusi WhatsApp kepada Sinar Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah pihaknya sudah membuat keputusan untuk menjadi penaja Kedah atau sebaliknya.

Namun ketika ditanya kenapa pihaknya menarik diri, Aliff Syukri enggan mengulas lanjut.

Januari lalu, Aliff Syukri mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir bagi membincangkan mengenai penajaan skuad Helang Merah.

Tetapi, disebabkan oleh krisis politik yang melanda Kedah baru-baru ini yang telah menyebabkan Mukhriz terpaksa mengundurkan diri daripada jawatan menteri besar dan jawatan lain termasuk presiden KFA, Aliff Syukri terpaksa menarik diri dari menaja Kedah.

Catat Ulasan Blogger

 
Top