0
A+ A-
Tahinah, Shaheizy Sam sah bergelar suami Syatilla Melvin | Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular BH (ABPBH) 2010, 2012, dan 2014, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sah bergelar suami isteri pada jam 9 malam tadi di kediaman keluarga Syatilla di Jawi, di sini.

Dengan sekali lafaz, Shaheizy Sam, 34, sah menjadi suami kepada Syatilla, 25, sambil disaksikan ahli keluarga dan saudara terdekat. Majlis akad nikah itu dikendalikan jurunikah, yang juga Pengarah Pusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Ellias Zakaria, dengan berwalikan bapa Syatilla, Amirol Melvin Abdullah lapor Berita Harian.

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sah suami isteri

Syatilla menerima mas kahwin RM10,082 bersama tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri teman rapat dan keluarga terdekat.

Kedua-duanya akan diraikan dalam majlis resepsi di Bukit Jawi Golf Villa, esok. Majlis resepsi pengantin lelaki pula akan berlangsung di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 14 Februari.

(Baca: Shaheizy Sam Pengsan Selepas Akad Nikah (10 Gambar))

Catat Ulasan Blogger

 
Top