0
A+ A-
Wanita ditendang, dipukul dan dicungkil mata oleh suami | Seorang wanita kini terpaksa menjalani kehidupan dengan sebelah mata sahaja selepas suaminya yang kaki botol mencungkil satu matanya.

Lelaki berkenaan yang melakukan kekejaman itu ketika mabuk, bagaimanapun gagal membunuh isterinya apabila anak mereka berusia lima tahun memaklumkan kejadian berkenaan kepada jiran tetangga lapor Harian Metro.

Suami kejam tendang, pukul dan cungkil mata isteri
HOU ketika dirawat di hospital di Henan.

Kejadian berlaku di bandar Weihui di wilayah Henan, tengah China.

Wang Baojiang dilapor menyerang isterinya Hou Xiaoping selepas menghabiskan masa sepanjang hari minum arak.

Dia dikatakan berang tiba-tiba dan mencungkil mata isterinya selepas menendang dan memukul mangsa.

Catat Ulasan Blogger

 
Top