0
A+ A-
Lelaki pukul isteri dengan kasut akhirnya ditahan polis | Seorang lelaki yang memukul isterinya menggunakan kasut di kawasan Plaza Tol Air Hitam, Batu Pahat, sehingga menjadi viral di laman sosial baru-baru ini, ditahan polis di Kluang, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Din Ahmad berkata suspek berusia 44 tahun itu ditahan di kediamannya di Taman Sri Kluang, kira-kira pukul 7.30 malam lapor Bernama.

Suami Pukul Isteri Guna Kasut Ditahan

Beliau berkata hasil soal siasat, lelaki itu mengaku memukul isterinya kerana tertekan dengan sikap isterinya yang suka membebel disebabkan masalah kewangan.

Pemeriksaan lanjut mendapati lelaki berkenaan menghidap penyakit mental dan pernah menerima rawatan di Hospital Kluang, katanya.

“Polis telah merampas sepasang kasut berwarna hitam dipercayai digunakan lelaki tersebut untuk memukul isterinya dalam kejadian tiga hari lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top