0
A+ A-
Didakwa Meninggal Dunia, Ini Luahan M. Daud Kilau | PENYANYI veteran, Datuk M Daud Kilau meminta supaya berita tentang kematiannya berhenti disebarkan dan berharap agar peminat akan mendoakan yang terbaik bagi dirinya. 

“Saya minta peminat doakan yang baik-baik sahaja, jika ada yang mendoakan yang buruk, harap fikirlah kembali,” tegas beliau yang kini berusia 77 tahun lapor Mynewshub.

Susulan Berita Kematian M. Daud Kilau
TELUK INTAN 07 JANUARY 2015. Raja Gelek Malaysia, Datuk M. Daud Kilau menerima dgn hati terbuka dan rasa gembira berhubung tindakan pihak yg menyebarkan berita palsu mengatakan beliau sudah meninggal dunia. STR/RAVALE SAVARINATHAN 

Berita palsu tentang kematian M Daud Kilau itu sudah tersebar sejak semalam, bagaimanapun M Daud Kilau hanya memaafkan penyebar berita itu dan berkata dia tidak terkejut perkara itu terjadi kepada dirinya. 

Beliau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau juga memberitahu bahawa kesihatannya semakin pulih dan kini mampu bergerak sendiri tanpa bantuan daripada isterinya. 

“Alhamdulillah hari ini saya lebih segar, jika sebelum ini isteri banyak membantu saya, tapi tadi saya mampu bergerak perlahan-lahan ke bilik air” katanya kepada sebuah akhbar tempatan, semalam. 

Selepas hampir sebulan terlantar di Hospital Selayang, Selangor sebelum dipindahkan dari Hospital Teluk Intan, Perak, M Daud Kilau meminta kebenaran berehat di rumah anaknya, di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. 

Beliau menghidapi masalah saluran kencing, masalah kencing manis dan juga masalah buah pinggang.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top