0
A+ A-
Ops Mawar Merah: “Saya singgah sekejap je, datang sini sebab nak tengok bola” | Dua lelaki yang telah berkahwin, antara 16 orang yang ditahan kerana disyaki berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) tengah malam kelmarin.

Mereka dicekup menerusi Ops Mawar Merah yang dijalankan Jainj sempena Hari Velentine di sekitar Skudai, di sini.

Dalam operasi berkenaan, sepasang kekasih yang mendakwa hampir mendaftar keluar selepas menonton perlawanan bola sepak Piala Sumbangsih di televisyen, tergamam apabila bilik yang disewa diserbu anggota Jainj lapor Sinar Harian.

“Tunang saya demam, jadi kami letih, tak dengar encik ketuk pintu”

Ketika disoal, lelaki berusia 34 tahun itu mendakwa, mahu pulang kerana siaran langsung perlawanan bola sepak itu telah tamat.

Menurutnya, dia singgah di hotel berkenaan bersama pasangan yang didakwanya seorang kawan, hanya untuk menonton televisyen.

“Saya singgah sekejap saja dan memang nak balik dah, datang sini pun sebab nak tengok bola,” katanya

Lelaki terbabit yang juga penjawat awam memberitahu, dia bekerja di Gelang Patah sementara isteri dan seorang anaknya tinggal di Kluang, manakala wanita terbabit bekerja sebagai kerani di Larkin.

Dalam serbuan di sebuah lagi hotel bajet di kawasan berkenaan, turut ditahan dua kakitangan sebuah hospital kerajaan bersama pasangan masing-masing.

Seorang lelaki yang juga atendan hospital berusia 39 tahun dan mempunyai tiga anak ditahan bersama pasangannya, penuntut institusi pengajian tinggi awam berusia 21 tahun.

Manakala, seorang jururawat wanita berusia 23 tahun ditahan bersama tunangnya selepas anggota mengetuk pintu bilik pasangan terbabit kira-kira 15 minit.

“Tunang saya demam, jadi kami letih, tak dengar encik ketuk pintu,” dakwa lelaki berusia 30 tahun dan telah setahun bertunang.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan Jainj, Mohd Zamri Kambari berkata, operasi dilakukan serentak di semua daerah di negeri ini selama dua hari, bermula tengah malam kelmarin, dan disambung pagi semalam sebelum berakhir tengah malam tadi.

“Mereka yang ditahan berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun, terdiri daripada sembilan lelaki dan tujuh wanita,” katanya.

Dalam serbuan itu, empat lelaki dan lima wanita turut ditahan di Kota Tinggi, manakala masing-masing empat pasangan di Batu Pahat dan Kluang.
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top