0
A+ A-
Vape meletup dalam poket seorang lelaki | Kejadian peranti rokok elektronik, atau vape, terbakar tidaklah terlalu baru tetapi nasib malang seorang lelaki di Amerika Syarikat ini dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Josh Hamilton berada di kaunter kedai serbaneka di sebuah stesen minyak Owensboro, Kentucky apabila peranti di poket depan seluarnya tiba-tiba meletup, lapor The Independent kelmarin.

Vape meletup dalam poket

Beliau kelam-kabut cuba memadamkan kebakaran itu dan bergegas keluar dari kedai tersebut dalam kejadian 20 Februari.

Seorang lelaki kemudian menolongnya menanggalkan seluar panjang, sementara penjaga kaunter Jassie Singh mengambil pemadam api.

Mengalami kebakaran tahap kedua di paha kanan, selepas mendapat rawatan di hospital, Hamilton memuatkan gambar kecederaannya itu di laman Facebook miliknya.

Menceritakan saat-saat cemas itu, seorang lagi pekerja di situ Manoj Kumar yang sangat terperanjat berkata beliau tertanya-tanya sama ada Hamilton “membawa bom” di dalam poket.

Menurut laporan portal stesen CNN pula, Oktober lalu, Evan Spahlinger dari Naples, Florida, dimasukkan ke unit rawatan rapi apabila peranti vape meletup dan membakar muka, leher dan tangannya.

Pada 2013, Kinzie Barlow berkata bateri peranti miliknya yang sedang dicaj tiba-tiba meletup, menyebabkan anak lelakinya yang berusia tiga tahun melecur tahap satu dan dua.

Dalam laporan portal itu kelmarin, CNN menyatakan terdapat 22 kejadian seumpama itu sejak rokok elektronik diperkenalkan pada 2008 di Amerika Syarikat.

Di Malaysia pula, vape milik seorang rakan kumpulan pelawak Mamu tiba-tiba meletup di Festival Boria di Pulau Pinang pada Disember lalu.

Pada 6 Oktober 2015, seorang pengguna di Bintulu dilaporkan maut apabila bateri yang terkeluar akibat letupan itu terkena dadanya.

Pada 24 Oktober lalu, bateri vape seorang penumpang Malindo Air terbakar selepas pesawat berlepas dari Kota Kinabalu menuju KLIA2. Penumpang itu mendapat cedera ringan.

Catat Ulasan Blogger

 
Top