0
A+ A-
JPJ biadap hempas telefon orang, tahan orang sesuka hati dan buat roadblock tanpa kon | Seorang pengguna Facebook bernama Saidatul Nieshah Azhar, memuat naik sebuah video yang dirakam oleh bapanya, Azhar, yang mendakwa anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah bertindak kurang ajar merampas dan mencampak telefonnya dalam kejadian yang dipercayai berlaku hari ini.

“JPJ kurang ajar! Hempas henfon abah aku,” katanya di Facebook 9 jam yang lalu lapor The Hype Media.

Wanita bengang dengan sikap kurang ajar pegawai JPJ

Tidak menjelaskan punca sebenar kejadian, Saidatul yang dimaklumkan oleh ayahnya itu berkata, pihak JPJ telah membuat operasi sekatan jalan tanpa menggunakan sebarang kon dan telah menahan kereta pengguna jalan raya mengikut sesuka hati mereka.

“Buat roadblock tak ada cone dan sesuka hati tahan orang. Mohon viralkan!” katanya.

Video berdurasi 50 saat itu menunjukkan mangsa telah merakam secara dekat beberapa anggota JPJ yang sedang bertugas.


Menurut Azhar, anggota JPJ terbabit telah memberikan saman kepadannya namun tidak didedahkan apa kesalahan dirinya.

“Dah dekat 20 buah kereta, kereta aku saja yang ditahan tetapi kereta yang lain tidak ditahan. Dia (JPJ) kata ‘Encik tolong tahanlah,’. Inilah pegawai dia,” katanya sebelum telefonnya dirampas dan dicampak ke tepi jalan oleh pegawai JPJ terbabit.

Berikutan kekasaran pegawai JPJ itu, Azhar nekad membuat laporan polis.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top