0
A+ A-
Saya keluarkan semua wang kerana tak percayakan Tabung Haji | “Selamat Tinggal Lembaga Tabung Haji“

Saya tidak suka memberikan komen mengenai politik. Saya lebih gemar menjadi pemerhati yang senyap sahaja. Walaupun dalam Facebook atau dalam group WhatsApp yang saya sertai, saya memang jarang muncul dan tidak pandai nak bersembang kosong. Apatah lagi nak berdebat atau nak mengadu tentang hal-hal politik.

Saya lebih gemar menggunakan hak saya sebagai pengundi dan memangkah pemimpin yang saya pilih. InshaAllah, kalau boleh yang berteraskan khalifah Islam. Tetapi pilihan raya umum lambat lagi. Dan dari hari ke hari, hati saya semakin mendidih di dalam. 

Apa sudah jadi pada Malaysia ku? Apa sudah jadi pada negara Islam ku?

Wanita nekad tinggalkan Tabung Haji

Sedih, sedih dan sedih. Kemelut terbaru Lembaga Tabung Haji (LTH) telah menghancurkan hati dan kepercayaan saya. Saya tahu, inshaAllah wang saya tidak ke mana dan tetap di situ. Malah yang pastinya dividen pun tetap akan ada walaupun mungkin tidak sebanyak dulu lagi.

Tetapi saya tidak mahukan dividen yang tinggi, kalau sepatutnya itu bukan hak saya. Jika mengambilkira perkara yang sepatutnya dilakukan LTH.

Saya melihat, semua rakyat jelata marah, kutuk, mengadu, menyindir, mencerca dan sebagainya. Tetapi situasi zaman kebelakangan ini jelas menunjukkan bahawa marah dan suara rakyat sudah tiada maknanya dan tidak boleh mengubah apa-apa pun. 

Lalu saya berfikir, apa yang saya boleh buat untuk menyatakan suara saya? Tidak bersetuju tentang apa yang berlaku pada LTH dan kepimpinannya, mengikut cara saya. Kalau hanya setakat bising di media sosial, orang-orang seperti saya ini boleh ke memberikan impak? Apa yang pasti, ia bagaikan menyalak bukit sahaja.

Maka hari ini saya memutuskan untuk menggunakan hak saya dengan melakukan perkara mudah di hujung jari sahaja.  Dan saya baru saja balik dari Tabung Haji. Saya telah memindahkan semua wang simpanan dalam akaun Tabung Haji saya ke akaun bank Islamic dan bank-bank yang lain. 

Namun saya tinggalkan RM1,500 kerana kakitangan kaunter Tabung Haji kata itu adalah kadar minimum untuk akaun terus kekal aktif. Saya akan pindahkan semula kesemua wang saya ke akaun Tabung Haji jika kemelutnya telah diselesaikan. Lagipun saya telah pergi mengerjakan Haji, jadi keperluan saya pada LTH sudah tidak banyak rasanya.Tabung Haji

Saya menabung di situ pun kerana saya merasakan LTH paling syariah compliance dan juga mahu menyokong institusi berteraskan Islam. Tetapi sekarang, saya pun sudah tidak beberapa percayakan kepimpinan Tabung Haji. Saya terpaksa membuat keputusan yang lain pula. 

Saya mahu melihat, jika LTH dapat mengembalikan kepercayaan saya, bila-bila masa saja saya boleh memindahkan semula wang saya ke akaun Tabung Haji. Tetapi bukan kali ini. Selamat tinggal . Saya tak support ‘pemakan dedak’. – Mona Din
ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top