0
A+ A-
Wartawan diraba, dicium ketika buat liputan langsung | Seorang wartawan wanita yang sedang membuat liputan langsung perayaan Carnival di sini telah diraba dan dicium oleh tiga orang lelaki, lapor CNN.

Ketika wartawan itu, Esmeralda Labye, membuat liputan bagi saluran berita Belgium, RTBF, seorang lelaki dilihat muncul di belakangnya sambil membuat isyarat lucah manakala seorang lelaki lagi didakwa mencium lehernya.

Oleh kerana kehadiran polis yang ramai untuk mengawal perayaan yang dihadiri puluhan ribu pengunjung, Labye pada mulanya tidak menjangkakan keadaan akan berada di luar kawalan lapor Astro Awani.

Wartawan malang dicabul ketika liputan langsung

Namun jangkaannya meleset.

“Sebaik sahaja saya ingin menamatkan liputan, salah seorang daripada tiga lelaki itu menyentuh payudara saya.

“Ketika itu saya mula hilang sabar. Saya berpusing menghadap mereka dan memberitahu dalam bahasa Inggeris: Saya takkan benarkan perkara ini berlaku sekali lagi! Jangan sentuh saya. Jangan sentuh saya!”

Menurut kenyataan rasmi RTBF, pejabat datuk bandar Cologne telah mengeluarkan permohonan maaf kepada stesen berkenaan di samping memberi sokongan kepada wartawan berkenaan dan menawarkan polis pengiring sekiranya diperlukan selepas ini.

Pihak polis turut mengesahkan tiga suspek berkenaan sedang diburu.

Catat Ulasan Blogger

 
Top