0
A+ A-
Gambar pemimpin pembangkang terlena, ini luahan Zuraida | Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, antara pemimpin pembangkang yang menerima serangan ‘kaki tidur’ di Internet, tampil mempertahankan diri.

Anggota parlimen Ampang itu berkata, tidak apa jika terlelap sebentar akibat keletihan asalkan menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat.

Zuraida pertahan diri isu tertidur

“Saya ingat kadang-kadang kita keletihan dan akan menutup mata, tidaklah lelap tetapi menutup mata sambil menunggu masa, mendengar dan sebagainya. Ini terlelap, orang cakap.

“Ini adalah sifat manusia, Allah taala saja yang ya hayyum ya qayyum, berdiri dan berjaga tapi manusia tidaklah sehebat begitu.

“Saya bukan nak cerita pasal kita pernah lelap tapi rakyat kena faham dan menjadi matang, manusia ada kekurangannya dan ini salah satunyalah.

“Tidak boleh mengambil kira kalau terlelap dia tidak boleh buat kerja dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi KiniTV.

Gambar pemimpin pembangkang terlena, ini luahan Zuraida

Isu pemimpin tidur sebelum ini ketika kemelut pertukaran menteri besar Kedah.

Timbalan ketua Umno negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah digambarkan sebagai kaki tidur oleh kumpulan penyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir melalui penyebaran videonya dalam sebuah acara rasmi.

Ketika kehangatan isu itu, pemimpin pembangkang pula menerima nasib sama, seperti bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad

Zuraida, anggota parlimen Ampang berkata, isu terlelap itu tidaklah mengaibkan dan rakyat seharusnya menilai seseorang pemimpin melalui prestasi perkhidmatannya.

“Itu saya rasa lebih penting,” katanya lagi.

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!
LAMPU SOLAR ISTIMEWA-JIMAT BIL ELEKTRIK ANDA & MUDAH DIPASANG!
Wujudkan Suasana Islamik Rumah Anda Dengan Alunan Azan Setiap Waktu, Bacaan Quran & Zikir! Free Poslaju & Free Gift!

Catat Ulasan Blogger

 
Top